Wednesday, December 16, 2009

PseudoAudio 2nd Single


Single terbaru PseudoAudio bertajuk Kota Kita (コタ キタ) kini sudah pun dirilis dengan rasmi. Tentu ramai tertanya-tanya, mana datang tersesat karakter Jepun tu. Kalau yang pernah belajar bahasa Jepon, mungkin diorang tahu maksudnya, tapi buat readers yang kurang pasti, itulah huruf katakana jepon yang digunakan untuk menulis bahasa asing dalam teks2 rasmi, supaya blended dengan huruh hiragana dan kanji diorang. Dan cara sebutannya, kalau tunjuk je tulisan ni (コタ キタ) kat orang jepon yang asli, diorang akan sebut "Ko-Ta Ki-Ta". Cakap banyak tak guna, link2 berikut mungkin dapat membantu anda, sedikit sebanyak..

Free listening - http://myspace.com/pseudoaudio (both singles "Enigma" dan "Kota Kita")

Free download - http://taipingku.com/pseudoaudio/Kota%20Kita.zip (full "Kota Kita" single, dijamin tiada virus)

Free review - http://zulsyazwan.blogspot.com (by Hare Potter a.k.a PA's bassist)

Free hugs - http://estom.blogspot.com (eh.. apa kena mengena?)


P/S: Punya Facebook? Add kitorang okay.. cuma masuk facebook and search "PseudoAudio". Jangan lupa juga untuk membaca diari AF diari PseudoAudio menerusi blog rasmi kitorang. Buat mereka yang terlepas download single Enigma, boleh cuba download di sini. (Enigma versi piano akan diberi hanya jika terdapat permintaan). Sekian, selamat menyambut tahun baru, jumpa lagi tahun depan.. Jya-Matta.. (bapak panjang engkau punya P/S wahai ejoy..)
Read more...

Tuesday, December 8, 2009

Quickie note @ Dec

1) I'll be going back to my home-state Sarawak on 18th Dec as part of my family yearly-vacation plan - shall be back to Taiping on 1st January 2010.

2) Until this post is written, my job status is remained 'unemployed', still. *Sigh* Guess need to drastically motivate my self this coming 2010. Or should I consider another career?

3) The first episode of my weight training program went very well, Alhamdulillah.. but such a regret when the one who inspired me to focus on the program can't see the result in the end.. and YOU know who YOU are. In fact, losing 40Kg in 10 months is not easy, the second episode of my weight training will be soo pain in the ass!

4) Went to my friend's wedding yesterday, a.k.a my twin (since we share the same birthdate).. congratz to Mr. Hafiz Rashid and "Selamat memasuki alam rumah dan tangga". Hohoho.

5) Our new single "Kota Kita" will be released by the day I fly-off to Sarawak, InsyaAllah. The single will be comprised of 3 songs, that includes the main song "Kota Kita", and two extra tracks (The B-side) "The Last Geisha" (Instrumental) and "Haru".

6) Kepada rakan-rakan, yang rapat mahupun yang jauh, teruskan menyokong usaha "PseudoAudio" untuk terus berkarya.. kami tidak berkarya kerana populariti atau simpati, tetapi kami berkarya kerana ingin mengembangkan idea muzik yang bercambah dalam minda kami.. bak kata Hare Potter, Majulah PseudoAudio untuk Industri muzik negara! Jya-Matta.. Read more...

Saturday, September 26, 2009

PseudoAudio - 1st Chapter


PseudoAudio a.k.a P.A or
- Coming this October with our first Single -
pseudoaudio.blogspot.com



Read more...

Monday, August 31, 2009

Catatan Si Hamster: Selamat Berpuasa, Merdeka!

  1. Selamat berpuasa semua bloggers beragama Islam, semoga puasa kita diterima yang Maha Esa.
  2. Ramadhan ke 10 juga merupakan tarikh ulangtahun kemerdekaan Malaysia yang ke-52, dan tak keterlaluan rasanya untuk mengucapkan Happy 52th Birthday Malaysia!

P/S: Member di PseudoAudio rekemen band dari Jepun, Asian Kungfu Generation. Sampai skang Riff dan baseline lagu-lagu diorang bermain di kepala. Hahaha..
Read more...

Tuesday, July 14, 2009

Lagu Kacuk!

Ingat manusia je ke yang boleh ada anak kacok. Lagu pon boleh dikacok gak.
Tapi bukan semua yang kacok tu 'lawa', atau ada kualiti. Nak main kacok2 kena hati-hati.

Satu genre kacok dengan genre yang lain, wujudlah apa yang kita panggil subgenre.
Proses ini berterusan dari satu era ke satu era, manusia (ahli muzik) akan terus menjalankan eksperiment agar masterpiece mereka tidak berbunyi seperti masterpiece orang lain (bahasa mudahnya tiru la).

Kenapa tiba-tiba aku nak tulis benda ni? Ni semua gara-gara mendengar lagu "Goyang Inul" kat TV minggu lepas la ni, haihh..

Metal + Dangdut = GOYANG INUL


p/s: Mantap gilaa.. asyik bangat deh..
(bukan goyang gerudi inul tu, tapi skill guitar solo time bridge, haha)

Read more...

Thursday, July 2, 2009

May Allah be with you Uncle Jacko, R.I.P.

I'm not a big fan of Michael Joseph Jackson @ Mikaeel, but I believe he's one of the best entertainers have ever been born, and I'm glad I'd enjoyed his songs during my childhood days while he was still alive back in the early 90's, unlike the late Elvis Presly and Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Beat it, Billie Jean, Bad and Black or White are my favorite of his, and I can barely remember his cool music video of Black or white being on-aired on local tv (TV3) somewhere between 1992-1993.


Some facts that u might or might not know about M.J:
  • made his debut on the professional music scene in 1968 as a member of The Jackson 5 before began a solo career in 1971.
  • 1982 album Thriller remains the world's best-selling album of all time.
  • popularized a number of physically complicated dance techniques, such as the robot and the moonwalk - which later became his trademark.
  • labeled as the king of pop makes his name as bigaz as other big names such as B. B. King (King of the Blues) and Elvis Presley (King of Rock and Roll). Click here for more info.
  • In May 1994, Jackson married singer-songwriter Lisa Marie Presley, the daughter of Elvis Presley but divorced less than two years later.
  • married dermatologist nurse Deborah Jeanne Rowe, who bore him a son, Michael Joseph Jackson, Jr. (also known as "Prince"), and a daughter, Paris-Michael Katherine Jackson.
  • purchased land near Santa Ynez, California in March 1988 to build Neverland Ranch at a cost of $17 million.
  • In November 2008, he has reportedly converted to Islam and changed his name to Mikaeel after one of Allah’s angels.
  • Died at approximately 2:25 p.m. local time (21:25 UTC) on June 25, 2005 in Holmby Hills, LA at the age of 50. Until this post was written, it's believed that the cause of death was due to his addiction to drugs.
  • His family intended to bury him at the Neverland Ranch, eventually turning it into a place of pilgrimage for his fans, similar to how Graceland has become a destination for fans of Elvis Presley.

Rest In Peace Michael..

P/S: Listen to Michael's songs for free at his official Myspace page.
Read more...

Wednesday, June 17, 2009

Iklan...!!!

Drummer diperlukan SEGERA untuk Band
(It's time to make a new friend, hohoho)

*Menetap atau bermastautin di Taiping (atau sekitar Utara Perak).
*Mampu memberikan komitmen.
*Pengalaman: tidak terhad, amatur mahupun pro.
*Terbuka kepada semua, tidak mengira jantina, kaum, dan peringkat umur.

Maklumat lanjut & berminat, sila hubungi/SmS JoY di 019-5739658

(P/S: Tawaran maseh dibuka sehingga kini.. beritahu juga rakan2 atau kaum keluarga anda)
Read more...

Tuesday, June 2, 2009

Hamster dah balik Malaysia

Salam Bloggers geng.

Kalau asyik dok citer pasal muzik pun, orang mesti naik bosan gak kan. Maka dengan ini aku rasa aku nak start sedikit cerita/diari pasal kehidupan aku (sikit2 sudey, lebih2 ta bley) under tag "Catatan si Hamster".

Untuk pengetahuan kalian, aku baru je pulang ke tanah air, yeah.. for good. seminggu sebelum aku punya departure date, aku lepak kat umah member aku di riverknoll 140. memang syiok gak la tggl dgn bebudak kat rumah ni sebab semua pon ada ragam masing2.

Din - raja penipu dalam segala permainan daun terup terutamanya dahimi, mempunyai interest yg agak pelik sebelum pulang ke malaysia. kesangapan din untuk bermain badminton terlalu ekstrem as if tnya "nak ke gym tak weyh?" for every second. still remember his secret words, "Jom gym lepas BBQ, tp siap2 pkai baju sukan etc la, abes je mkn beberapa ketol ayam, DENGAN PANTAS kita ke gym"... hahaha..

Aza & Amir - 2 makhluk yang aku baru je kenal beberapa bulan, tp sebab diorg cool, aku rasa dh mcm kenal diorg lebih dari beberapa tahun. Amir is very talented in music since he was part of the marching band team members kat skulah dulu. Aza lak member seketiduran aku kat floor bawah, memang gay habes la, hahaha. Aku tak bley blah masa dia lambat nk gi exam final intro bio aritu, sebab malam tu kitorg pulun main winning E sampai lebam. then esok pagi about 8.30 am camtu, he was screaming like hell macam nampak nang nak then gelabah2 macam nak runtuh rumah, lalu pegi amek exam yg sepatutnya sudah bermula kol 8 am.

Najmi @ Masamaun @ Pak Maun - Aku belajar satu perkataan dgn dia ni. Shittiz. Derived from Shit, pastu jadi shitty, pastu nak kasi sedap sket tambah huruf Z so jd la shittiz. cth penggunaan = "Shittiz aa wei.. shittiz.."

Melli - Raja segala penglipur lara. seorang yg tak bley berhenti bercakap. Rumah akan menjadi senyap either kalau dia tgh tdo atau dia mmg tadak kat rumah la. Banyak gak cerita2 yg kitorg layan termasuklah cerita pak manat, kesah hantu soya bean, kesah hantu "mama carry baby" (asalnya hantu tu dokong baby, but few years then baby tu dh besar sbb ada org nampak hantu tu pimpin anak dia yg dah besar tu.. LOL).

Itu antara mereka yang menumpang bersama-sama aku ketika saat terakhirku di riverknoll. Ada ramai lagi yang tggl kat rumah tu tapi aku malas nak taip n dikraib panjang-panjang semua org, kang dah jd macam wikipedia lak kan. overall, u guys r the best la.

Aritu masa balik sini, kitorg naik Flight Mas MH 091 dari Newark. Shit. Actually inilah flight yg dinaiki oleh 2 pelajar Malaysia yg kena infected dgn H1N1 a.k.a virus pembawa selesema babi. pastu dalam flight tu aku terperasan satu row tengah yg sengaja dikosongkan (deck paling belakang). pada atas setiap tempat duduk di situ terdapat sekepeing kertas (yang sengaja ditempek) bertulis "blocked". adakah row itu sengaja dikosongkan kerana pernah "dihuni" oleh pelajar2 yang kena swine flu itu? Mak aihh.. harap2 dikosongkan atas sebab lain la i.e ada org gi calit taik hidong kat bawah seat situ smpai keras dan ssh untuk dibersihkan, so kena dikosongkan semntara waktu.. make sense gak kn?

Then aku balik ke tempat duduk aku, terletak satu deck didepan deck yg aku mentioned td, dan tak semena-mena, aku terdengar satu bunyi "keceyyyyhhhhhhhhhh 3X" betol2 kat depan aku, diikuti dengan bunyi "shreeeetttttttttt.. hush.. hush..". Pulakkk... dengan sereflex yg boleh aku amek selimut aku then tutup lubang nasal dan mulot aku untuk beberapa ketika. Pastu nak tau apa jadi? korang tanak tau apa yang terjadi selepas tu, hahaha..

Sekarang aku berada kat Taiping. Aku rasa semua orang yang belajar Geografi tau, Taiping adalah antara kawasan yang paling lembab di Malaysia kerana Bukit larut. Tapi semenjak 2 hari aku berada disini, aku rasa statement tu cam kurang tepat la. Tepeng panas siot, macam neraka... Read more...

Thursday, May 14, 2009

Kailan n Tempoyaks: The First Outbreak

Salam bloggers. 

Pernah dengar tak istilah asimilasi? Pertama kali aku jumpa perkataan ni adalah ketika aku menuntut di sekolah rendah, yakni ketika menduduki darjah 5 (lama dah dulu), tapi bukan menerusi buku ilimiah atau buku teks bahasa melayu, mahupun kamus dewan, tapi aku kenal perkataan ni ketika aku membaca komik Dragon Ball Z yang sungguh panas (dan meletup ala-ala lagu "Oh-La-La" KRU) sekitar pertengahan dekad 90'an. 

Ceritanya ketika tu, Piko yang baru tiba di Planet Nameck dalam usaha untuk menentang Fliza telah terjumpa dengan Neil (orang suku kaumnya juga, warga Nameck) yang dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Memandangkan Neil sudah pun bersemuka dan bertarung dengan Fliza sebelum itu (dah tahu taktik pertarungan dia la), dan Piko juga tengah sihat dan kuat wal'afiat waktu tu, maka mereka bersetuju la untuk berASIMILASI - terus menjadi seseorang yang sangat hebat, fizikal dan mental!

Assimilasi wujud dari perkataan 'Assimilation' (noun) yang membawa pelbagai erti:
  • The process of absorbing nutrients into the body after digestion
  • The social process of absorbing one cultural group into harmony with another
  • The state of being assimilated; people of different backgrounds come to see themselves as part of a larger national family
Tapi Alhamdulillah la, orang melayu kita ni kreatif. Perkataan assimilation tu diubahsuai sikit, seperti menukar plate jenama "Perodua kancil" kepada "Daihatsu Mira" (padahal interior, chasis, engine, dashboard memang Kancil), siap status perkataan assimilation tu yang asalnya "noun", terus ditukar kepada "verb" atau kata kerja. i.e Piko berasimilasi dengan Neil. Bangga siot, melayu memang kreatif..

Okay, cukup sudah merepak panjang-lebar-tinggi pasal assimilasi, point aku untuk posting kali ini pendek saja sebenarnya. Hujung minggu lalu, bertarikh 9 Mei 09, kitorang baru saja selesai mempersembahkan lagu-lagu terbaru kitorang untuk Senior Nite atau lebih dikenali dengan Malam Graduasi. Tapi kali ini, kami bukan sahaja berdua (Ejoy dan Pjoe), seperti Senior Nite sebelumya. Kami sudah berasimilasi dengan seorang lagi rakan, bertindak selaku drummer, iaitu Zali, lalu lahirlah nama "Kailan n Tempoyaks". Kenapa mesti Kailan? Kenapa mesti Tempoyak? Sebab kitorang suka makan kailan masak belacan di samping satu tupperware berisi segenggam tempoyak. Kedua-dua makanan tu pun berbau, dan sesetengah orang tak suka atas alasan busuk, tapi kena ingat juga asal usul kita.

Walaupun tanpa khidmat pemain Bass atau Keyboard/Synthsizer, Alhamdullilah, lagu-lagu berjaya disampaikan dengan jayanya. Terima kasih korang, especially adek-adek di RIT, dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Lepas ni besar kemungkinan kita susah untuk berjumpa lagi, jadi lagu-lagu ini merupakan hadiah dari kitorang, yang tak lah seberapa, tetapi moga-moga dapat dirujuk balik ketika kita di hari tua kelak - Itu pun kalau Facebook, Blogspot dan Youtube wujud dan tak bankrupt lagi la waktu tu, LOL.

Buat mereka yang tidak menghadirkan diri, jangan bimbang. Dibawah ini ada 3 lagu (video), khas dari "Kailan n Tempoyaks" kepada anda semua. Enjoy~ Diskripsi dan lirik lagu aku malas nak tulis balik, panjang sangat, jadi aku cuma "salin dan lekat" dari diskripsi yang ada dalam Facebook Pjoe (apa lagi, add la dia, khokhokhokho...).

Tips: Klik "HQ" pada setiap video untuk kualiti video yang terbaek!


1) Acai Berry



kepada semua mangsa acai berry, enjoyyy~. 
kalau korang prasan melodi time chorus same mcm chorus "di RIT". 
sebenarnye kitorang da rekod lagu ni almost sebulan before buat "di RIT". 
sori byk kantoi, mmg rekod spontan je time ni semua tgh lepak2 dan tetibe ade idea nk wat lagu merapek pasal acai berry.
melli tumpang main microkorg dia main music/ string essemble background.


2) Pantun 101



band: the kailan & tempoyaks
lagu: pjoe, ejoy & zali
lirik: pjoe, sheila (song title & idea2)
videos taken by taufik
video edited by pjoe

lagu pertama utk grad dinner 2009. selamat tinggal & berjaya kawan2!
terima kasih byk tak terhingga kpd taufik kerana mengambil video2 ini.
terima kasih kpd munirah kerana jaga slides.

*dahimi: sejenis permainan kad yg kami selalu main time bosan2
*MySA: Malaysian students association
*din: seorang pelajar RIT yg slalu menang main dahimi (dan besar kemungkinan kerana selalu menipu...=( )



3) Di R.I.T (Here in R.I.T)



band: the kailan & tempoyaks
lagu & lirik: pjoe, ejoy & zali
videos taken by taufik
video edited by pjoe

lagu kedua utk grad dinner 2009. didedikasikan kpd semua pelajar2 RIT!!! nak tag semua orang mcm susah jek...selamat tinggal & berjaya kawan2!
terima kasih byk tak terhingga kpd taufik kerana mengambil video2 ini.
terima kasih kpd munirah kerana jaga slides.
dan terima kasih kpd semua yg sing along dan yg naek atas pentas tolak ejoy.
di RIT...aaaaAAaaaAAaaaaa...



Kailan n Tempoyaks. Photo by Nur Athirah Yusof.


::: Senyum Lembu :::

Pakcik A: Best aaa baca posting kali ini, sangat menambahkan ilmu, boleh belajar peribahasa baharu..
Pakcik B (for botak): Apa yang ko belajar?
Pakcik A: Seperti menukar plate jenama "Perodua kancil" kepada "Daihatsu Mira".
Read more...

Wednesday, April 29, 2009

Mirah Yom Tov Zeitlyn

Mirah Yom Tov Zeitlyn; I bet not all of you know about this singer-songwriter from Portland, Oregon, US. The first time I heard her voice and listen to one of her hits, I can tell you that she is totally awesome. Most of her fans and music critics labelled her as an Indie Rock singer-songwriter. Eventhough that she's Jewish (and her middle name 'Yom Tov' literally means 'holy day' in hebrew), regardless of her faith and what she believes in, I can say she is super-talented and she deserves to be honored like Norah Jones and Marié Digby. Plus, she is openly lesbian and I don't think her "Jewish" is that strong like those who proud and declare Judaical people are the greatest people on earth. So, here is one of her hits from her debut album "You Think It's Like This but Really It's Like This" back in early year 2000..


La Familia by Mirah


Lyric:

Hey friends don't you think you better cool it down
You're always gettin' curious and leavin' town
You know i like it being in your family
I wonder what would happen if nobody left
We'd all stick around if we'd all stick around

And here's a question that's been tested:
Tell me, if we sleep together
Would it make it any better?
If we sleep together
Would you be my friend forever?

If we sleep together
Would it make it any better?
If we sleep together
Would you be my friend?

Hey friend listen up their playing our song
On the radio, do you have to go?
I really like it, this rock and roll
Makes me want a little sugar in my bowl
It's like the glory days, it's like a fortune sold

(Repeat Chorus)

Let's none of us forget about who we are
So choose a path and follow it
Take a pill and swallow it
None of us forget about who we are
It's not forever we can fool around in the dark

(Repeat Chorus)

Read more...

Friday, April 3, 2009

Serang Hendap Monoloque.. sshhhh..

Sedikit berita terkini dari brother Loque kita (Butterfingers) - beliau sekarang telah kembali semula bergiat solo atas nama projek "monoloQue 1.1 - 127 anak tangga ke pintu syurga". Projek terbaru beliau ini khabarnya lebih gempak, tambah-tambah apabila beliau sendiri menjemput mana-mana penggubah muzik digital yang mahir/separa mahir untuk mengadun semula karya-karya beliau (inspirasi Thom Yorke/Radiohead rasanya). Apa lagi yang ditunggu, daftar lah segera kat website rasmi beliau di www.monoloque.com. Hadiah? Itu kena tanya brother Loque sendiri lah yea, huhuhu..
Read more...

Thursday, March 26, 2009

Hakikat sebenar muzik Malaysia (Part 1 kot..)

Hai semua..! (macam tak berapa menarik jer intro ni, bunyi gay pun ada..)

Hello my little friends..! (Pun kurang menarik gak.. hmm)

Salam Bloggers..! (Haa.. yang ni aku suka.. jajaja..)

Sudah hampir 3 minggu tidak berkarang, bukan bererti empunya blog ini sibuk mahupun cuba menyibukkan diri, tetapi minat untuk menulis itu bukanlah sebenarnya sesuatu yang disukai oleh si empunya blog. Projek terbaru sedang diusahakan? Belum sampai masanya lagi. 

Sesuatu yang tidak pernah dijangka oleh mereka yang mengikuti blog usang ini, tuan empunya blog tidak pernah membahaskan diri sebagai "aku" di dalam penulisannya yang berbahasa melayu, tetapi menggunakan "saya".. atau "tuan empunya blog".. Pembaharuan yang lebih sempoi a.k.a kurang skema sebanyak 500 miligram? mungkin dalam perenggan yang seterusnya..

Semenjak dua menjak ini, AKU sedang membuat sedikit research akan perkembangan muzik tanah air tercinta, Malaysia (bukan Malingsia, seperti yang disyorkan oleh sekolompok bangsa yang kononnya sangat agung dengan karya seni dan muzik mereka). Dari zaman keroncong Allahyarham Tan Sri P Ramlee, hinggalah sampai ke era demam indie yang sedang melanda industri muzik kini, corak perubahan muzik yang berlaku sungguhlah menggiurkan dan menarik perhatian.

Sebelum bercerita lebih jauh, aku nak sentuh sikit bab-bab indie ni. Sekarang ni, kita dapat tengok, kalau ada sahaja band-band yang baru masuk ke industri lantas meletop ala-ala Bang-Bang Boom, mereka terus dilabel sebagai indie, dari penampilan sampailah ke genre lagu. Sebagai contoh, 


Contoh 1:

"Eh, mat, ko suka dengar lagu genre apa?"

"Aku suka dengar genre indie, layan beb.. lagu indie sekarang memang tip top, rock kapak tak main la, jiwang leleh, karat, cintan! Tak main la makan mee Cintan, Mamee Slurp lagi best, betul-betul Ho-Liao (salah mee dik oi..)"


Contoh 2:

Seorang pengacara rancangan hiburan di Televisyen berkata,

"Jangan lupa datang ke showcase #!%^&$%@ minggu hadapan, ramai artis-artis akan menghiburkan anda, terutamanya band-band indie seperti Hujan, Estranged, Meet Uncle Husin, Nitrus, etc akan menggegarkan pentas keramat ini.. (walhal cuma pentas yang terletak di Kampung Datuk Keramat, tidak lebih dari itu)"


Terus terang aku cakap, aku ni bukanlah seorang pakar muzik, seorang pakar bahasa, atau pun seseorang yang telah menggengam segulung ijazah, master atau PhD dalam kedua-dua bidang tersebut, tetapi apa yang aku cuba sampaikan selepas ini adalah berdasarkan pemahaman dan lojik akal aku, kalau hangpa semua nk kutuk, kutuklah.. silakan.. (ramai la sikit orang yang komen post ini, ye dak? Jajajajaja..)

Secara am nya, penggunaan istilah indie dalam kedua-dua contoh ayat yang dinyatakan sebelum ini, pada aku, adalah kurang tepat. Pertama sekali, hendaklah kita faham bahawa istilah indie itu merujuk kepada pergerakan - lebih tepat lagi dirujuk sebagai "Pergerakan Indie" atau dalam bahasa orang putihnya "The Indie Movement". Dalam konteks ini, pergerakan itu adalah "Noun"/Kata nama, manakala penggunaan indie disitu berfungsi sebagai "Adjective". Oleh yang demikian, secara terang-terangan perkataan indie itu tidak boleh berdiri dengan sendiri, kerana ia bukanlah sebuah kata nama, tetapi adalah adjektif. Melainkan jika penggunaanya disertakan bersama dengan kata nama, maka ia boleh berdiri dengan sendiri. 

Bila kita menyebut soal genre muzik, genre-genre muzik adalah merupakan kata nama, seperti Rock, Pop, Jazz, Reggae, Balada dan Nasyid, semua itu merupakan kata nama. Maka, jika kita hendak merujuk lagu-lagu cabang independent yang tumbuh bak cendawan, hendaklah kita sertakan sekali kata namanya, seperti "Indie Rock", "Indie Pop", "Indie jazz", "Indie nasyid" (tak pernah dengar la pulak kan), dan sebagainya. Walaubagaimanapun, perkara tersebut tak pernah termaktub pun dalam mana-mana buku tatabahasa melayu atau English grammar (korang tak perlu la sibuk-sibuk selongkar buku-buku latihan tatabahasa korang masa di sekolah dulu), dan masih lagi hebat didebat oleh banyak pihak akan penggunaannya, biasalah manusia, banyak pendapat dan songehnya.

Berkenaan contoh kedua, adalah lebih baik jika kita teliti sendiri definasi indie, atau lebih dikenali dengan istilah 'muzik underground' di awal era 80-90an di Malaysia, yang aku petik dari laman Wikipedia

"In popular music, independent music, often abbreviated as indie, is a term used to describe independence from major commercial record labels and an autonomous, do-it-yourself approach to recording and publishing."

Terjemahan Am: Muzik bebas, atau indie, adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada kebebasan dari label-label rakaman major, dan lebih kepada langkah anda-buat-sendiri/berdikari untuk merakam, mempromosi dan mengedar lagu.

Bila kita sentuh sahaja "label-label rakaman major" (betul ke terjemahan aku ni, lalala), disini kita menyebut soal untung dan duit. Memang tidak dinafikan banyak band-band baru seperti Hujan, Estranged, atau Bunkface masih "berdikari" dalam soal kompos/rakam lagu, membuat show, gig atau sebagainya. Tetapi bagaimana dengan naungan mereka? Adakah mereka mengedar album mereka sendiri? Jawapannya tidak. Hujan, yang suatu ketika dahulu menjual/mengedar EP mereka secara indie, kini bernaung di bawah FMC, dan Estranged pula bernaung di bawah Sony BMG. Adakah mereka 100% indie, atau mainstream, atau separa indie-mainstream? Soal itu, anda nilailah sendiri. Janganlah kita terlampau overuse istilah indie tu, payah juga kalau semua benda pun nak indie kan? Fakta dibawah ini mungkin boleh membuat anda berfikir 2 kali akan penggunaan sebenar istilah band-band indie:

"Underground bands and artists are often signed with independent record labels, and they typically perform in small venues and promote their music through word-of-mouth, internet sites, fanzines, and college radio or community radio airplay."

"An independent record label (or indie record label) is a record label operating without the funding of or outside the organizations of the major record labels."

Hakikatnya, arus perubahan muzik di Malaysia masih lagi dalam proses "culture shock" yakni masih muda, terkejut (buzzz!) dan belum bersedia untuk menerima perubahan yang agak mendadak. Tunggulah sampai suatu hari nanti, bila seluruh rakyat Malaysia menggelar "Hujan" dan "Estranged" sebagai Indie bands "Rock bands" (Garage, Alternatif), barulah kita boleh cakap transisi arus perubahan muzik itu berlaku dengan lancar. Hey, Estranged dan Meet Uncle Husin dah menang Juara Lagu pun, dah popular pun, masuk keluar tv/radio ARUS PERDANA hari-hari pun, tak salah kan kalau kita panggil mereka Malaysian Indie bands "Malaysian Rock bands"? =)

Panjang juga posting aku kali ni, baru ingat nak selitkan sikit info berkenaan muzik era 80an di Malaysia, tapi nak buat macam mana (lain kali mungkin kot..), ini pun dah panjang macam masamaun.. masamaun?! Korang tanak tahu siapa dia masamaun.. nak tahu juga? tak perlu la kot, karang tak leh tido pulak, Hehehe.. chio!

Gambar Pil Acai yang aku ambil dari pasaraya Walmart 
beberapa minggu yang lalu. 
Apa kaitannya dengan indie dan post kali ini? Hanya Sekadar Hiasan.
Read more...

Tuesday, March 3, 2009

Hilang - Single Ketiga


Salam bloggers! Seperti yang dijangka, Alhamdullilah, single kami (Ejoy & Pjoe) yang terbaru akhirnya telah berjaya disiapkan selepas tertangguh beberapa ketika dek kerana jadual sebagai seorang pelajar U yang agak ketat. Sebagai hadiah kepada mereka yang penat menanti, EP terbaru ini tidak hanya menampilkan satu lagu, tetapi dua! (Bak kata orang "2 dalam 1").

Trek pertama bertajuk "Hilang" adalah merupakan single itu sendiri, manakala trek kedua bertajuk "Pertemuan" adalah versi istimewa 'remade' single pertama kami yang lebih music enriched and mellow, dinyayikan semula oleh Ina dan rakan-rakan R.I.T yang lain termasuk Ajiem, Gazali, dan Najmi. Info, lirik, chord guitar, dan fail mp3 untuk kedua-dua trek telah disertakan bersama-sama posting ini, seperti berikut:  


01 - Hilang

Ejoy: Song, Vocal, Lead (Guitar), Audio/Recording Engineer.
Pjoe: Lyric, Guitar.

VERSE 1:
Biar terasa bahagia
walau untuk seketika
telah kucuba mensuci dosa

VERSE 2:
Bintang yg terang semalam
yang kuharap xkunjung tiba
sesak terjerat untuk selamanya

PRE-CHO:
Lihatlah di luar sana
semuanya tiada
haruskah ku keluar
bila semua yg ku kejar

CHORUS:
Hilang..
menembus ruang yang hitam
Hilang..
merentas malam yang kelam
Hilang..
terus menghilang..

(Bridge, repeat Pre-Cho and Chorus)

Sampai Waktu..
kan ku temu..
pasti temu...


The Chords (Capo 2nd fret):

Intro:
Cadd9 D Em7M G6
Cadd9 D G6
Cadd9 D Em7M G6
Cadd9 D Cadd9 D

Verses:
Cadd9 D G G6 Cadd9 D G6 (Repeat 2X)

Pre-cho:
Cadd9 D G G6
Cadd9 D G
Cadd9 D G G6
Cadd9 Cadd9 D

Chorus:
Cadd9 G G6 D (Repeats)


02 - Pertemuan 2009 (Ina feat. bebudak R.I.T)

Pjoe: Song, Guitars, Audio/Recording Engineer.
Ejoy: Lyric.

VERSE 1:
Pertemuan kita
pertemuan sementara
bila tiba masa
perpisahan pasti tiba...

VERSE 2:
Perpisahan kita
perpisahan seketika
bila tiba waktunya
kita berjumpa kita berselisih semula..

PRE-CHO:
masih ingatkah kamu pada dia?
masih ingatkah kamu pada kita?

CHORUS:
Bila..
kita berpisah
jangan pernah lupa detik kita
tertawa gembira bersama di sini
Moga..
kita bertemu
bertemu kembali dan bersatu
bersatu seperti waktu itu..


The Chords (Capo 1st fret):

Intro/verses:
G Cadd9 Em7 D (Repeats)

Pre-Cho:
Cadd9 Em7 D
Cadd9 Em7 D Cadd9

Chorus:
G Cadd9 Em7 D (Repeats)

Bridge:
G Cadd9 Em7 D
G Cadd9 Em7 D

Outro:
G Cadd9 Em7(short) D Cadd9
G Cadd9 Em7(short) D Cadd9
G

EP "Hilang" boleh dimuat-turun secara PERCUMA di sini. No hidden fees indeed =D. Atau anda juga boleh mendengar lagu-lagu tersebut secara streaming menerusi laman web Imeem. Kritikan, kutukan, komen, cadangan, request lagu, atau sebagainya adalah amat dialu-alukan dan boleh dibuat menerusi ruangan Comment. Akhir kata, ceria-cerialah selalu dan Terima kasih atas segala sokongan!
Read more...

Tuesday, February 24, 2009

Project X

My 4-year journey at the R.I.T is finally approaching its end. It seems like yesterday was the day when I first opened a new chapter in my life as a freshman. Yet, another 3 months and I shall say goodbye to all memories, professors, friends (indeed only a small circle of american friends), and last but not least, my sweet 'Riverknoll'. 

As one chapter of my life ends, there will be another chapter that comes in unintentionally. Whereas some of my friends are already looking for grad schools, my future as a young scientist are still uncertain. Besides Malaysia's economy nowadays is in its ups and downs, and kinda give me a signal to think twice any next move and decision to be made in my career. 

At this point, some of you might ask, what the heck this posting is all about - it seems like I was talking about my personal life and its dilemma, and yet the title says "Project X". Well, Relax son.. My english teacher used to say, most of the time a good introduction will guarantee a good form of essay, and eventhough I know the introduction of this post is kinda crappy rather than *****y (can't think another good word for this), at least I try to hook up what I've already learned in high school, right? (Giler poyo nak mampus mamat ni, hahaha)

Long story short, I would like to introduce to you what I (we?) call as 'Project X' - when I say project x, and I'm using the CAPITAL letter of X, mathematically known as root/solution for any polynomial equation, it is a serious BIG thing. But wait, what is project X? The answer will be revealed soon, maybe by the end of summer 2009. Moreover, any musician (especially who play bass line and/or piano) who's interested can consult me directly through this posting, or consult our manager Azman Redza via his email pembelit@yahoo.com (don't misunderstand, he's not a kaki putar belit or something like that, he's just a nice guy with a good looking appearance, hehehe). So project X, here we come!!

Read more...

Tuesday, January 27, 2009

Buah Tangan.

1) Sangat sibuk semenjak dua menjak ini, biasalah, final year lah katakan. Walau bagaimana pun, masih terasa untuk mengisi sedikit kandungan memandangkan blog ini sudah lama menyepi seperti hati tuannya (cewah..).
2) Ramai yang bertanya-tanya, tiada lagu barukah dari saya dan pjoe? Jawapannya hanya masa yang menentukan. Mungkin ada.. mungkin juga tiada..
3) Remake untuk pertemuan? Mungkin juga ada. Dah bosan dengar versi akustik ye dak?
4) Tahniah kepada Meet Uncle Hussain kerana memenangi AJL 23 baru-baru ini.
5) Selamat menyambut Maal Hijrah, Tahun baru 2009, dan Tahun baru cina.

Sekian. Read more...

Related Posts with Thumbnails