Thursday, March 26, 2009

Hakikat sebenar muzik Malaysia (Part 1 kot..)

Hai semua..! (macam tak berapa menarik jer intro ni, bunyi gay pun ada..)

Hello my little friends..! (Pun kurang menarik gak.. hmm)

Salam Bloggers..! (Haa.. yang ni aku suka.. jajaja..)

Sudah hampir 3 minggu tidak berkarang, bukan bererti empunya blog ini sibuk mahupun cuba menyibukkan diri, tetapi minat untuk menulis itu bukanlah sebenarnya sesuatu yang disukai oleh si empunya blog. Projek terbaru sedang diusahakan? Belum sampai masanya lagi. 

Sesuatu yang tidak pernah dijangka oleh mereka yang mengikuti blog usang ini, tuan empunya blog tidak pernah membahaskan diri sebagai "aku" di dalam penulisannya yang berbahasa melayu, tetapi menggunakan "saya".. atau "tuan empunya blog".. Pembaharuan yang lebih sempoi a.k.a kurang skema sebanyak 500 miligram? mungkin dalam perenggan yang seterusnya..

Semenjak dua menjak ini, AKU sedang membuat sedikit research akan perkembangan muzik tanah air tercinta, Malaysia (bukan Malingsia, seperti yang disyorkan oleh sekolompok bangsa yang kononnya sangat agung dengan karya seni dan muzik mereka). Dari zaman keroncong Allahyarham Tan Sri P Ramlee, hinggalah sampai ke era demam indie yang sedang melanda industri muzik kini, corak perubahan muzik yang berlaku sungguhlah menggiurkan dan menarik perhatian.

Sebelum bercerita lebih jauh, aku nak sentuh sikit bab-bab indie ni. Sekarang ni, kita dapat tengok, kalau ada sahaja band-band yang baru masuk ke industri lantas meletop ala-ala Bang-Bang Boom, mereka terus dilabel sebagai indie, dari penampilan sampailah ke genre lagu. Sebagai contoh, 


Contoh 1:

"Eh, mat, ko suka dengar lagu genre apa?"

"Aku suka dengar genre indie, layan beb.. lagu indie sekarang memang tip top, rock kapak tak main la, jiwang leleh, karat, cintan! Tak main la makan mee Cintan, Mamee Slurp lagi best, betul-betul Ho-Liao (salah mee dik oi..)"


Contoh 2:

Seorang pengacara rancangan hiburan di Televisyen berkata,

"Jangan lupa datang ke showcase #!%^&$%@ minggu hadapan, ramai artis-artis akan menghiburkan anda, terutamanya band-band indie seperti Hujan, Estranged, Meet Uncle Husin, Nitrus, etc akan menggegarkan pentas keramat ini.. (walhal cuma pentas yang terletak di Kampung Datuk Keramat, tidak lebih dari itu)"


Terus terang aku cakap, aku ni bukanlah seorang pakar muzik, seorang pakar bahasa, atau pun seseorang yang telah menggengam segulung ijazah, master atau PhD dalam kedua-dua bidang tersebut, tetapi apa yang aku cuba sampaikan selepas ini adalah berdasarkan pemahaman dan lojik akal aku, kalau hangpa semua nk kutuk, kutuklah.. silakan.. (ramai la sikit orang yang komen post ini, ye dak? Jajajajaja..)

Secara am nya, penggunaan istilah indie dalam kedua-dua contoh ayat yang dinyatakan sebelum ini, pada aku, adalah kurang tepat. Pertama sekali, hendaklah kita faham bahawa istilah indie itu merujuk kepada pergerakan - lebih tepat lagi dirujuk sebagai "Pergerakan Indie" atau dalam bahasa orang putihnya "The Indie Movement". Dalam konteks ini, pergerakan itu adalah "Noun"/Kata nama, manakala penggunaan indie disitu berfungsi sebagai "Adjective". Oleh yang demikian, secara terang-terangan perkataan indie itu tidak boleh berdiri dengan sendiri, kerana ia bukanlah sebuah kata nama, tetapi adalah adjektif. Melainkan jika penggunaanya disertakan bersama dengan kata nama, maka ia boleh berdiri dengan sendiri. 

Bila kita menyebut soal genre muzik, genre-genre muzik adalah merupakan kata nama, seperti Rock, Pop, Jazz, Reggae, Balada dan Nasyid, semua itu merupakan kata nama. Maka, jika kita hendak merujuk lagu-lagu cabang independent yang tumbuh bak cendawan, hendaklah kita sertakan sekali kata namanya, seperti "Indie Rock", "Indie Pop", "Indie jazz", "Indie nasyid" (tak pernah dengar la pulak kan), dan sebagainya. Walaubagaimanapun, perkara tersebut tak pernah termaktub pun dalam mana-mana buku tatabahasa melayu atau English grammar (korang tak perlu la sibuk-sibuk selongkar buku-buku latihan tatabahasa korang masa di sekolah dulu), dan masih lagi hebat didebat oleh banyak pihak akan penggunaannya, biasalah manusia, banyak pendapat dan songehnya.

Berkenaan contoh kedua, adalah lebih baik jika kita teliti sendiri definasi indie, atau lebih dikenali dengan istilah 'muzik underground' di awal era 80-90an di Malaysia, yang aku petik dari laman Wikipedia

"In popular music, independent music, often abbreviated as indie, is a term used to describe independence from major commercial record labels and an autonomous, do-it-yourself approach to recording and publishing."

Terjemahan Am: Muzik bebas, atau indie, adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada kebebasan dari label-label rakaman major, dan lebih kepada langkah anda-buat-sendiri/berdikari untuk merakam, mempromosi dan mengedar lagu.

Bila kita sentuh sahaja "label-label rakaman major" (betul ke terjemahan aku ni, lalala), disini kita menyebut soal untung dan duit. Memang tidak dinafikan banyak band-band baru seperti Hujan, Estranged, atau Bunkface masih "berdikari" dalam soal kompos/rakam lagu, membuat show, gig atau sebagainya. Tetapi bagaimana dengan naungan mereka? Adakah mereka mengedar album mereka sendiri? Jawapannya tidak. Hujan, yang suatu ketika dahulu menjual/mengedar EP mereka secara indie, kini bernaung di bawah FMC, dan Estranged pula bernaung di bawah Sony BMG. Adakah mereka 100% indie, atau mainstream, atau separa indie-mainstream? Soal itu, anda nilailah sendiri. Janganlah kita terlampau overuse istilah indie tu, payah juga kalau semua benda pun nak indie kan? Fakta dibawah ini mungkin boleh membuat anda berfikir 2 kali akan penggunaan sebenar istilah band-band indie:

"Underground bands and artists are often signed with independent record labels, and they typically perform in small venues and promote their music through word-of-mouth, internet sites, fanzines, and college radio or community radio airplay."

"An independent record label (or indie record label) is a record label operating without the funding of or outside the organizations of the major record labels."

Hakikatnya, arus perubahan muzik di Malaysia masih lagi dalam proses "culture shock" yakni masih muda, terkejut (buzzz!) dan belum bersedia untuk menerima perubahan yang agak mendadak. Tunggulah sampai suatu hari nanti, bila seluruh rakyat Malaysia menggelar "Hujan" dan "Estranged" sebagai Indie bands "Rock bands" (Garage, Alternatif), barulah kita boleh cakap transisi arus perubahan muzik itu berlaku dengan lancar. Hey, Estranged dan Meet Uncle Husin dah menang Juara Lagu pun, dah popular pun, masuk keluar tv/radio ARUS PERDANA hari-hari pun, tak salah kan kalau kita panggil mereka Malaysian Indie bands "Malaysian Rock bands"? =)

Panjang juga posting aku kali ni, baru ingat nak selitkan sikit info berkenaan muzik era 80an di Malaysia, tapi nak buat macam mana (lain kali mungkin kot..), ini pun dah panjang macam masamaun.. masamaun?! Korang tanak tahu siapa dia masamaun.. nak tahu juga? tak perlu la kot, karang tak leh tido pulak, Hehehe.. chio!

Gambar Pil Acai yang aku ambil dari pasaraya Walmart 
beberapa minggu yang lalu. 
Apa kaitannya dengan indie dan post kali ini? Hanya Sekadar Hiasan.

2 comments:

Unknown said...

aku dah kata dah ejoy memang tahu banyak benda. hehe. panjang gila posting ko kali ni. tapi aku tak reti nak komen pasal music sangat huhu.

haha acai pil yo! LOL.

Hamster Putih said...

Panjang sebab plus-minus yang merepek tu la Alin.. tp kalau tak taruh kang ramai yang bosan baca karangan UPSR ni kan.. btw, juzt my 2 cents jer.. and acai berry...? hmm.. no komen,, hahaha..

Related Posts with Thumbnails