Thursday, May 14, 2009
Kailan n Tempoyaks: The First Outbreak
Salam bloggers.
Pernah dengar tak istilah asimilasi? Pertama kali aku jumpa perkataan ni adalah ketika aku menuntut di sekolah rendah, yakni ketika menduduki darjah 5 (lama dah dulu), tapi bukan menerusi buku ilimiah atau buku teks bahasa melayu, mahupun kamus dewan, tapi aku kenal perkataan ni ketika aku membaca komik Dragon Ball Z yang sungguh panas (dan meletup ala-ala lagu "Oh-La-La" KRU) sekitar pertengahan dekad 90'an.
Ceritanya ketika tu, Piko yang baru tiba di Planet Nameck dalam usaha untuk menentang Fliza telah terjumpa dengan Neil (orang suku kaumnya juga, warga Nameck) yang dah tinggal nyawa-nyawa ikan. Memandangkan Neil sudah pun bersemuka dan bertarung dengan Fliza sebelum itu (dah tahu taktik pertarungan dia la), dan Piko juga tengah sihat dan kuat wal'afiat waktu tu, maka mereka bersetuju la untuk berASIMILASI - terus menjadi seseorang yang sangat hebat, fizikal dan mental!
Assimilasi wujud dari perkataan 'Assimilation' (noun) yang membawa pelbagai erti:
- The process of absorbing nutrients into the body after digestion
- The social process of absorbing one cultural group into harmony with another
- The state of being assimilated; people of different backgrounds come to see themselves as part of a larger national family
Tapi Alhamdulillah la, orang melayu kita ni kreatif. Perkataan assimilation tu diubahsuai sikit, seperti menukar plate jenama "Perodua kancil" kepada "Daihatsu Mira" (padahal interior, chasis, engine, dashboard memang Kancil), siap status perkataan assimilation tu yang asalnya "noun", terus ditukar kepada "verb" atau kata kerja. i.e Piko berasimilasi dengan Neil. Bangga siot, melayu memang kreatif..
Okay, cukup sudah merepak panjang-lebar-tinggi pasal assimilasi, point aku untuk posting kali ini pendek saja sebenarnya. Hujung minggu lalu, bertarikh 9 Mei 09, kitorang baru saja selesai mempersembahkan lagu-lagu terbaru kitorang untuk Senior Nite atau lebih dikenali dengan Malam Graduasi. Tapi kali ini, kami bukan sahaja berdua (Ejoy dan Pjoe), seperti Senior Nite sebelumya. Kami sudah berasimilasi dengan seorang lagi rakan, bertindak selaku drummer, iaitu Zali, lalu lahirlah nama "Kailan n Tempoyaks". Kenapa mesti Kailan? Kenapa mesti Tempoyak? Sebab kitorang suka makan kailan masak belacan di samping satu tupperware berisi segenggam tempoyak. Kedua-dua makanan tu pun berbau, dan sesetengah orang tak suka atas alasan busuk, tapi kena ingat juga asal usul kita.
Walaupun tanpa khidmat pemain Bass atau Keyboard/Synthsizer, Alhamdullilah, lagu-lagu berjaya disampaikan dengan jayanya. Terima kasih korang, especially adek-adek di RIT, dan rakan-rakan seperjuangan sekalian. Lepas ni besar kemungkinan kita susah untuk berjumpa lagi, jadi lagu-lagu ini merupakan hadiah dari kitorang, yang tak lah seberapa, tetapi moga-moga dapat dirujuk balik ketika kita di hari tua kelak - Itu pun kalau Facebook, Blogspot dan Youtube wujud dan tak bankrupt lagi la waktu tu, LOL.
Buat mereka yang tidak menghadirkan diri, jangan bimbang. Dibawah ini ada 3 lagu (video), khas dari "Kailan n Tempoyaks" kepada anda semua. Enjoy~ Diskripsi dan lirik lagu aku malas nak tulis balik, panjang sangat, jadi aku cuma "salin dan lekat" dari diskripsi yang ada dalam Facebook Pjoe (apa lagi, add la dia, khokhokhokho...).
Tips: Klik "HQ" pada setiap video untuk kualiti video yang terbaek!
1) Acai Berry
kepada semua mangsa acai berry, enjoyyy~.
kalau korang prasan melodi time chorus same mcm chorus "di RIT".
sebenarnye kitorang da rekod lagu ni almost sebulan before buat "di RIT".
sori byk kantoi, mmg rekod spontan je time ni semua tgh lepak2 dan tetibe ade idea nk wat lagu merapek pasal acai berry.
melli tumpang main microkorg dia main music/ string essemble background.
2) Pantun 101
band: the kailan & tempoyaks
lagu: pjoe, ejoy & zali
lirik: pjoe, sheila (song title & idea2)
videos taken by taufik
video edited by pjoe
lagu pertama utk grad dinner 2009. selamat tinggal & berjaya kawan2!
terima kasih byk tak terhingga kpd taufik kerana mengambil video2 ini.
terima kasih kpd munirah kerana jaga slides.
*dahimi: sejenis permainan kad yg kami selalu main time bosan2
*MySA: Malaysian students association
*din: seorang pelajar RIT yg slalu menang main dahimi (dan besar kemungkinan kerana selalu menipu...=( )
lirik: pjoe, sheila (song title & idea2)
videos taken by taufik
video edited by pjoe
lagu pertama utk grad dinner 2009. selamat tinggal & berjaya kawan2!
terima kasih byk tak terhingga kpd taufik kerana mengambil video2 ini.
terima kasih kpd munirah kerana jaga slides.
*dahimi: sejenis permainan kad yg kami selalu main time bosan2
*MySA: Malaysian students association
*din: seorang pelajar RIT yg slalu menang main dahimi (dan besar kemungkinan kerana selalu menipu...=( )
3) Di R.I.T (Here in R.I.T)
band: the kailan & tempoyaks
lagu & lirik: pjoe, ejoy & zali
videos taken by taufik
video edited by pjoe
lagu kedua utk grad dinner 2009. didedikasikan kpd semua pelajar2 RIT!!! nak tag semua orang mcm susah jek...selamat tinggal & berjaya kawan2!
terima kasih byk tak terhingga kpd taufik kerana mengambil video2 ini.
terima kasih kpd munirah kerana jaga slides.
dan terima kasih kpd semua yg sing along dan yg naek atas pentas tolak ejoy.
di RIT...aaaaAAaaaAAaaaaa...
lagu & lirik: pjoe, ejoy & zali
videos taken by taufik
video edited by pjoe
lagu kedua utk grad dinner 2009. didedikasikan kpd semua pelajar2 RIT!!! nak tag semua orang mcm susah jek...selamat tinggal & berjaya kawan2!
terima kasih byk tak terhingga kpd taufik kerana mengambil video2 ini.
terima kasih kpd munirah kerana jaga slides.
dan terima kasih kpd semua yg sing along dan yg naek atas pentas tolak ejoy.
di RIT...aaaaAAaaaAAaaaaa...
Kailan n Tempoyaks. Photo by Nur Athirah Yusof.
::: Senyum Lembu :::
Pakcik A: Best aaa baca posting kali ini, sangat menambahkan ilmu, boleh belajar peribahasa baharu..
Pakcik B (for botak): Apa yang ko belajar?
Pakcik A: Seperti menukar plate jenama "Perodua kancil" kepada "Daihatsu Mira".
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
salam bro ejoy,.
gua memang layan habes di R.I.T,meskipun gua xtahu R.I.T tu apakebendanya..lagu acai beri pun melodi sama ngan lagu yang ni kan?hahaha..gua pun pernah bawak jam lagu acai beri tu,.untuk pengtahuan en.ejoy,.gua gak adalah pelawat yang sekali sekala menyinggah kat blog susu sejat,.tapi hingga kini still tidak berjaya mempraktikkan apa yang telah dipraktikkan oleh en.ejoy..haha
Post a Comment