Sunday, March 7, 2010
Wish List
Salam Bloggers.
Aku tak mahu Ferrari, aku tak mahu Ducati, aku tak mahu Lisa Surihani (erk.. yg ni mungkin kena review balik, hehe). Apa yg bermain dalam kotak minda aku sekarang hanya ini, cuma ini...
Yaa, ia dikenali sebagai Gibson L-5 CES, antara gitar yang paling mahal dan susah untuk di cari Malaysia, belum tentu jumpa ni atau bahasa mudahnya, kena order khas (tapi apa-apa hal pun kena cari duit dulu). Tentu ramai yang tertanya-tanya, apa yang menarik tentang gitar ni.
Aku dah lama simpan impian untuk memiliki gitar ni sebenarnya. Secara jujur, gitar ini juga adalah motivasi aku untuk terus belajar main gitar sejak mula2 belajar main 4 tahun yg lalu. Tapi dek kerana kurang mampu, aku terpaksa menangguh hasrat aku ketika itu memandangkan harganya yang sangat mahal, sesuai dengan kualiti dan kehebatan tone bunyinya. Lalu tanpa berfikir panjang, duit yang ada aku gunakan untuk membeli sebuah Gibson Les Paul Studio, 2 tahun yang lalu.. bak kata Pjoe, "kita ni main biasa2 jer, tak payah la beli mahal2 sgt, kn?". Kata2 mu ada betulnya wahai Pjoe bugger, tapi aku tak dapat menyorok perasaan cinta pandang pertama, dan nafsu serakahku, pada rupa klasik 'hollow' nya, dan juga bunyinya.... harga dia? Dalam RM 25000 hingga RM 30000 untuk yang 'customed', dan sekurang-kurangnya dalam RM 15000 untuk basic. Mahal. dah macam harga sebuah Piano berjenama 'Kawai' dah aku tengok. Tapi percayalah, bunyi dia sangat superb, lembut...
So teman2 karib, teman kurang karib, teman bloggers, teman Facebook, teman PseudoAudio (fans).. sedara2, sepupu sepapat... catat dlm diari/planner book, bahawa 31 Oktober nanti, belikan aku yang ini yaa? =D
P/S: Kalau la ada perempuan di luar sana yang nak tolong belikan, fuhhh. Terharu2. Nezcaya aku MUNGKIN akan pertimbang untuk mengahwini mu, dan cinta kamu sampai mati... benarkah itu wahai Diana Danielle?
No comments:
Post a Comment