Friday, March 12, 2010

3 dalam 1

Salam Bloggers, salam 1Malaysia 1Dunia..

Banyak benar perkara yang ingin aku ceritakan, alkasih dari A sampai Z, tapi tak sampai hati pula hendak menaip sampai 2-3 entri, memandangkan blog usang aku ini cuma singgahan sementara saja, kadang-kadang ada yang jenguk, kadang-kadang dipandang sebelah mata, kadang-kadang terabai. Mungkin kurang hias, kurang menarik, ntahla. Tapi sekarang orang kita sudah ramai yang buka blog, dan itu tanda positif. Rakyat semakin berilmu. So, 3 perkara yang ingin aku cerita, secara ringkas..

1) Hidup berkelana.
Sejak 2 hari yang lalu, aku sudah mula berkelana di Kuala Lumpur, atau lebih tepat berteduh di rumah Fadhli Hamdan a.k.a Pjoe. Teman 'side-project' lama, juga merangkap gitaris utama/ komposer untuk band beliau, GoodFellas. Di sini juga, bermacam jenis bahasa berkumandang di sana sini, tapi bukan semua yang dapat ku fahami. Melayu, Hokkien, Tamil, Indon, Jawa, English, Manglish, Nepal, Hindi, Urdhu, African accent, Viatnamese, Melayu-Aussie (eh, wujudkah bahasa ini?)... memang 1Malaysia. Hebat2.

Peristiwa 'kesesatan' yang nyata lagi jelas juga berlaku, hari pertama sahaja aku dah 5 kali sesat. Konon nak cari Masjid Jamek, tetapi terjumpa Jalan Esfahan. Nak cari Cap-square, tersampai pula ke 'Cape Town' (ok2, ini sudah merapu). Bertanya pula seorang 'pak guard' akan arah yang hendak di tuju, tapi dia tidak fasih melayu...hebat, memang 1Malaysia.

Aku berada disini untuk satu tujuan, iaitu menghadiri BeST program yang di anjurkan di UniRazak, oleh BiotechCorp. Tapi semenjak 2 hari ini, aku memang kurang tido, cara hidup juga sudah berubah, makan sudah tidak teratur (kompom naik sekilo dua ni, kena cepat2 daftar membership untuk FitnessFirst Gym). Akibatnya, aku menjadi kurang bermaya, lesu dan mengantuk. Maka tidak hairanlah, kini aku memiliki sebiji 'benjol' yang sungguh bulat, sedikit kebiruan, cantik, mekar di sebelah kanan dahi aku dek kerana tersadung ketika keluar dari tandas pagi tadi. Siapala designer yang pandai design ada 'level' kat depan pintu tandas?

2) Sentuh pasal muzik. Pandai sangatkah aku nak cakap pasal muzik?
Walaupun aku ni bukanlah seorang pelajar muzik, jauh sekali expert, atau professional dalam muzik, tapi aku rasa muzik adalah suatu perkara universal yang memang semua orang tahu, faham, tapi tidak pasti bagaimana untuk meluahkannya tanpa pengetahuan asas dalam muzik. Aku faham muzik dengan cara aku, tanpa perlu merujuk kepada 'music score' atau mendalami cara untuk membaca susunan nota muzik.

Aku merujuk kata2 Thom Yorke, merangkap guitaris/vokalis/komposer untuk band Radiohead, yang sedikit sebanyak berbunyi, "Jika ada sesiapa yang meletakkan 'music score' di depan aku, dan suruh aku memainkannya, ia hanya sia-sia.. kerana bagi aku, kamu tidak boleh memainkan 'rythms' dgn baik dgn hanya melihat music score tersebut, ianya tidak berkesan. Maka, aku tidak mempelajarinya..".

Aku setuju 100% degn kata-kata 'role model' aku ni, atas satu sebab. Music score/notation mula diperkenalkan sekitar kurun ke 16, dan telah melalui beberapa kali perubahan. Ketika itu, tiada camcorder, audio recorder, walkman, komputer, dan memang tiada cara yang sesuai untuk 'mengabadikan' sesebuah masterpiece melainkan dengan menulisnya di atas sekeping kertas. Maka dengan cara itu, hingga ke hari ini kita dapat mendengar 'Symphony No 5', 'Moonlight Sonata' (Beethoven) dan 'Canon D' (Johann Pachelbel).

Tetapi, zaman kini, kita sudah ada macam2.. bila ada sahaja ilham, terus rakam (record). Dan rakam bukan sahaja menggunakan camcorder, malah iphone pun boleh ambil video dengan sangat cantik, siap boleh upload ke YouTube lagi. Memang 'music notation' tu penting sebab ianya 'lingua franca' untuk muzik zaman kini; ia boleh difahami oleh mana-mana ahli muzik tanpa mengira latar bahasa, TETAPI bukankah juga kita belajar bermain muzik menggunakan kemahiran 'mendengar'? (Aku pasti ramai yang main gitar diluar sana mempunyai kemahiran untuk mengenal pasti note dan pitch dengan sangat baik..kan?)

3) PseudoAudio 3rd Single: Haru
Band aku, PseudoAudio akan keluarkan single terbaru hujung minggu ini, bertajuk "Haru" dan terdapat 4 track di dalamnya, "Tak Sehebat Kamu", "Haru", "Tak Sehebat Kamu - minus one" dan "Haru - minus one".

Mesti bloggers semua tertanya-tanya, kenapa kena ada versi minus one untuk setiap lagu? Suara kurang enak kah? Mungkin juga. Tapi kami sebenarnya ingin memberi pendengar/kritik peluang untuk merakam sendiri vokal atau melody (menggunakan sebarang instrument) mengikut versi mereka sendiri, kemudian, upload ke page kami di Facebook untuk dinilai oleh pendengar/kritik yang lain.

Aku percaya ini merupakan satu lagi aktiviti sihat yang dapat menghindarkan ramai pihak dari gejala-gejala negatif seperti melepak dan 'menyeksa' manusia yang tidak berdosa. Boleh kah kalian? Anggap sahaja ini satu cabaran dan pertandingan, InsyaAllah, hadiah istimewa bakal menanti...

No comments:

Related Posts with Thumbnails