Saturday, March 20, 2010

Nasihat (23 Feb - 20 March)

Semenjak dua menjak ini, aku cuba untuk menyampaikan apa yang aku rasa menerusi satu sudut perspektif yang baru - kiasan. Aku merasakan kiasan ini merupakan cara terlembut untuk menegur dan memberitahu sesuatu yang aku rasa patut, tetapi tak ramai yang sedar. Nasihat-nasihat tersebut aku karang dan sebar di laman Facebook, dan aku tujukan khas buat diriku dan sahabat-sahabat yang sudi mendengar...

6) Segar daun kerana hijaunya, tenang laut kerana birunya, garang bara kerana merahnya, mewah emas kerana kuningnya, bersih hati kerana putihnya. [March 20, 1 people likes this]

5) Contohilah AIR SUNGAI, walau beribu halangan ditempuh, namun masih terus 'mengalir'. Contohilah BATU KAPUR, sekeras mana pun 'ia', sampai masa akan lembut jua. Contohilah ANGIN BAYU, jasanya dirasai, namun tiada pula 'menunjuk' rupanya. Contohi juga KAYU API, membakar diri untuk 'menerangi' yang lain hingga jadi abu. Namun sekiranya kamu ingin mencontohi API LILIN, maka kawallah amarah mu itu sebaik-baiknya. [March 17 at 7:57am, 2 people like this]

4) Kecantikan paras rupa itu sesuatu yang subjektif. Akan adanya waktu kamu memandang 'gelap' itu hodoh, dan 'cerah' itu lawa. Tetapi 'Kecantikan hati' itu sesuatu yang amat jelas dan nyata. Maka cintailah pasanganmu kerana hatinya, letakkan paras rupa pilihan kedua. [March 16 at 7:47am, 6 people like this]

3) Cinta MANUSIA itu ibarat GULA. Sedikitnya sahaja membawa kemanisan, berlebihnya pula membawa penyakit. Boleh diambil berterusan setiap hari, tetapi bersederhanalah. Cinta ALLAH itu pula ibarat MADU, semakin diambil, semakin sihatlah kamu. [March 15 at 7:57am, 3 people like this]

2) There's a bad day, there's a good day. There's a lucky day when all traffic lights u pass through are greens, there's also an unlucky day when all traffic lights u pass through are reds, and there's also a day when the traffic lights are about equal. I prefer the third one. [March 4 at 10:01pm, 0 people like this]

1) There are 5 things that u can't totally buy with money; TALENT, because it's the greatest gift from Allah afterall; SKILL, because it requires time, enthusiasm and efforts for it to develop; IMAN & TAQWA, because they can't be inherited, unlike money; and LOVE, because it needs sincerity and the purist heart in order to be long lasting. [February 23 at 3:37am, 2 people like this]


P/S: Aku beritahu berapa ramai yang suka nasihat tersebut bukan untuk riak, tetapi sekadar rujukan untuk mengukur kekurangan aku sendiri.

No comments:

Related Posts with Thumbnails