Showing posts with label Point of View. Show all posts
Showing posts with label Point of View. Show all posts

Thursday, April 29, 2010

A.P.I dan Pelita

Selamat sejahtera,

Rasanya dah lama aku tak review tentang album, artis mahupun lagu. Asyik-asyik cerita pasal diet, kesihatan, catatan sendiri, dan projek band (peribadi). Jadi kali ini aku rasa nak review satu lagu yang aku baru saja dengar masa balik kerja tadi, cuba teka lagu apa? Mestilah lagu yang tengah-tengah nak naik sekarang ni kan? Ok, jawapannya...

Pelita” oleh A.P.I


Siapa A.P.I? Itu shortform untuk 'Angkatan Pemuda Indie'. Mereka ni terdiri daripada Noh Hujan (vocal), Lan Typewritter (vocal/guitar), Din Homatov Estranged (guitar), Imran OBS (drum), AJ Pop Shuvit (bass) dan loQue MonoloQue/Butterfingers (piano). Dan lagu Pelita tu pula adalah lagu tema untuk filem 'Hooperz' yang sedang ditayangkan di pawagam-pawagam tanah air sejak 22 April yang lalu. Tapi aku bukan nak bercerita sangat pun pasal filem ni mahupun nak cerita sedikit sinopsis dia, aku cuma nak huraikan sedikit pendapat aku berkenaan lagu Pelita ni. Ye la, nama blog pun EsTOM, mestilah nak kena cerita yang berkaitan muzik..

Pada pendapat aku, lagu ni unik sebab dia gabungkan beberapa elemen utama yang ada dalam band Hujan, Butterfingers, dan Lan and The Typewriter sendiri. Itu yang paling ketara aku perasan sebab yang lain-lain tu aku tak berapa layan sangat lagu-lagu band mereka.

Brother Loque berperanan sebagai pianist

Kalau kita tengok lenggok dan susunan melodi untuk verse dan pre-chorus tu terang-terangan adalah milik Noh, sebagai contoh "apa yang telah daku temui, selama ini.." (Verse 1). Kalau diteliti, kita akan perasan yang Lan cuba untuk merendahkan range vokal dia untuk bahagian verse ni sebab dia nak sesuaikan vokal dia dengan range vokal Noh yang sedikit rendah.

Gandingan dua vokal yang berbeza kelas

"selagi hayat di kandung badan" untuk bahagian pre-chorus ni aku perasan seperti datang dari pengaruh 'Loque', berdasarkan penelitian dari pemilihan perkataan yang digunakan untuk lagu-lagu dalam album 'Kembali' (Butterfingers). Ini termasuk juga satu bahagian interlude yang berbunyi

Selagi jasadku belum terkubur!
Selagi tubuhku, belum ditimpa uzur!
pantang datuk nenek moyangku,
Berundur!

Secara keseluruhan, aku nampak susunan (arrangement) untuk lagu ni seperti datang dari pengaruh Lan and The Typewriter, kecuali kurangnya iringan gitar 'slide' campur 'clean chorus' seperti dalam lagu-lagu beliau, tetapi itu telah diganti dengan iringan piano yang dimainkan oleh brother Loque.

Itu saja pendapat spontan dan ringkas aku berkenaan lagu ni. Secara tersirat, aku rasa ni merupakan satu perkembangan yang sihat untuk industri muzik sebab secara tidak langsung kita dapat lihat bagaimana bunyi sebuah lagu apabila kita menggabungkan Hujan, Butterfingers, Lan, dan Pop Shuvit. Sebarang teguran terhadap entri ini amatlah dialu-alukan; seperti yang aku cakap dahulu, ilmu muzik aku ni tak seberapa.

P/S: Klik sini untuk menonton/mendengar "Pelita" oleh A.P.I.

Read more...

Tuesday, April 20, 2010

Hujan dalam Lirik

“Sekian lama aku tidak menulis di blog usang ini, sesekali terdetik juga rasa untuk menulis. Tapi aku bukan penulis hebat itu, yang sentiasa mampu menghiburkan para pembacanya..”

Salam Bloggers,

Hari ini aku nak kupas satu perkara yang tak pernah aku sentuh sejak pertama kali aku buka blog ni secara rasmi hampir 2 tahun yang lalu. Lirik.

Irama dan lagu tidak boleh dipisahkan, jikalau pisahkan, maka pincanglah lagu, rosaklah seni. Itu kata-kata Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dalam filem 'Antara 2 darjat', yang kemudian beliau terjemahkan dalam karya terhebat beliau 'Getaran Jiwa'. Hebat sangatkah lagu 'Getaran Jiwa' sampai tergetar lutut dan hati bila kita mendengarnya? Tiada apa yang mampu melahirkan rasa bangga dalam diri kita apabila lagu tempatan digubah semula oleh artis-artis asing. Dan perasaan itu hadir dalam diri aku apabila Lobo (American/International artist) mengubah semula lagu Allahyarham dan menamakan lagu tersebut “Whispers In the Wind”.

Kembali kepada fokus pertama tadi, secara analoginya, 'irama' bagi aku itu adalah sama seperti corak/motif sesebuah lukisan, 'lagu' itu pula adalah lukisan itu sendiri. Tanpa corak/motif tertentu, lukisan itu pasti amat sukar difahami dan dinilai, dan halnya disini sama seperti sebuah 'lagu'. Sempurnanya sesebuah lagu itu ialah apabila mesej yang cuba disampaikan dapat difahami oleh para pendengarnya. Ada sesetengah lagu yang dapat difahami terus menerusi hati (instrumental, tanpa lirik), dan ada sesetengah lagu yang dapat difahami dengan akal (ordinary song-writing, dengan lirik).

Sejak berzaman manusia telah mengaitkan objek-objek sekeliling untuk menjadi 'wakil persembahan' kehidupan mereka dalam sajak, lagu mahupun syair. Aku percaya, kalian semua acap kali terdengar perkataan 'burung', 'awan', 'bayu', 'muara', 'lautan', dalam lagu-lagu arus perdana mahupun indie. Dengan menggunakan perkataan-perkataan tersebut, secara tidak langsung 'menghidupkan' dan mengindahkan lagi karya mereka, agar kita sebagai pendengar dapat 'melihat' dan menghayati lakonan yang cuba dipaparkan dalam karya tersebut.

Okeh, harapan aku sekarang agar kalian semua faham serba sedikit apa itu lirik, dan apa fungsinya dalam sesebuah lagu. Sekarang, aku nak sentuh pula satu objek yang sering kita dengar dalam lagu-lagu tempatan mahupun lagu-lagu asing (lagu omputih ke, jepun ke, korea ke) – Hujan.

'Hujan' dalam sesebuah lagu, secara amnya, boleh membawa 2 maksud, bergantung kepada tema lagu tersebut. Ia boleh membawa maksud gembira (rahmat) mahupun sedih (kedukaan, air mata). Di sini aku senaraikan 6 lagu melayu yang aku petik secara rawak (yang aku tahu, dan rasa popular suatu ketika dahulu). Ayuh kita kupas sedikit maksud-maksud yang cuba disampaikan:


1) Demi Cinta Ini – Febian

Hujan oh hujan
Menyirami taman
Taman yang di dalam kekeringan oh oh
Begitu jua cintaku padamu
Hadirmu pengubat rinduku
Kan ku setia menanti
Demi cinta ini

*Hujan di sini membawa maksud 'rahmat'.


2) Hujan – Allahyarhan Sudirman Hj. Arshad

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

*Hujan di sini membawa 2 maksud, 'rahmat' dan 'kedukaan'. Kadang-kadang, dalam kehidupan kita ini terdapat satu elemen yang mampu memberi kita seribu macam sokongan dan harapan, tetapi ada ketikanya, elemen tersebut juga yang memusnahkan harapan kita kelak. Sebagai contoh, cinta sesama manusia. Inilah yang dikatakan kehidupan.


3) Hujan Di Tengahari – Allahyarham Tan Sri P.Ramlee

Kusangka panas hingga ke petang
Rupanya hujan di tengahari

*Hujan disini juga membawa maksud 'kedukaan' – rahmat disini digambarkan sebagai 'panas' cuaca kering; amat berguna kepada makcik-makcik dan kakak-kakak yang hendak menyidai baju.


4) Kala Hujan – Zamani

Kekuatan sandaranku
Ku dirikan masa lalu
Luruh bagai dedaunan
Dikala hujan angin datang

*Hujan disini juga membawa maksud 'kedukaan'.


5) Hujan – Adibah Noor

Hujan membasahi bumi
melahirkan keluhuran budi
mengerat perpaduan suci
kasih sayang abadi

*Terang-terangan hujan disini membawa maksud 'rahmat'.


6) Gerimis Senja – Alleycats

Ku Terpegun Di Jendela Bila Hujan Gerimis Senja
Tak ku Lihat Di Hadapan ku Diri ku Dalam Lamunan
Tiada Lain Yang ku Bayangkan Hanyalah Peristiwa Itu
Dosa-dosa Yang ku Lakukan Tetap Mengganggu Batin

*Ini mungkin spesel kes sedikit. Mungkin ramai yang nampak hujan disini membawa maksud 'kedukaan', tapi bagi aku, maksud hujan di sini lebih kepada neutral berbanding 'rahmat' mahupun 'kedukaan'. Hujan di sini tidak ubah seperti watak sokongan untuk menghidupkan elemen 'terkenang'/kenangan. Aku selalu alami situasi ini, yakni apabila aku duduk seorang diri di bilik, pasti aku akan terkenang kampung halamanku (tak perlu aku sebut, kalian mesti dah tahu).

Itulah serba sedikit kupasan aku berkenaan peranan unsur 'Hujan' di dalam sesebuah lirik lagu. Aku sarankan kalian dengar balik ke enam-enam lagu yang aku senaraikan tadi dan hayati balik bait-bait liriknya - setujukah kalian dengan hujah-hujah aku sebentar tadi.

Entri kali ini aku tujukan khas pada seseorang yang jauh, yang tabah menjalani kehidupan pada atas kakinya sendiri tanpa memerlukan tongkat duniawi itu. Walaupun dirimu sering diuji dugaan yang bertimpa-timpa, bersabarlah kamu, semoga cepat sembuh, dan teruskan berkarya. Walaupun kita tidak pernah bertemu mahupun bertegur sapa, ketahuilah, bahawasanya aku ini sentiasa menyokong usaha senimu, dan akulah bayang-bayang 'hitam' itu yang selalu memerhati dan mendoakan kesejahteraanmu dalam mengejar CINTA dan CITA. Amin Ya Rabbal Alamin.

P/S: “Raindrops keep fallin' on my head” by B.J. Thomas. Anyone?



Read more...

Friday, March 12, 2010

3 dalam 1

Salam Bloggers, salam 1Malaysia 1Dunia..

Banyak benar perkara yang ingin aku ceritakan, alkasih dari A sampai Z, tapi tak sampai hati pula hendak menaip sampai 2-3 entri, memandangkan blog usang aku ini cuma singgahan sementara saja, kadang-kadang ada yang jenguk, kadang-kadang dipandang sebelah mata, kadang-kadang terabai. Mungkin kurang hias, kurang menarik, ntahla. Tapi sekarang orang kita sudah ramai yang buka blog, dan itu tanda positif. Rakyat semakin berilmu. So, 3 perkara yang ingin aku cerita, secara ringkas..

1) Hidup berkelana.
Sejak 2 hari yang lalu, aku sudah mula berkelana di Kuala Lumpur, atau lebih tepat berteduh di rumah Fadhli Hamdan a.k.a Pjoe. Teman 'side-project' lama, juga merangkap gitaris utama/ komposer untuk band beliau, GoodFellas. Di sini juga, bermacam jenis bahasa berkumandang di sana sini, tapi bukan semua yang dapat ku fahami. Melayu, Hokkien, Tamil, Indon, Jawa, English, Manglish, Nepal, Hindi, Urdhu, African accent, Viatnamese, Melayu-Aussie (eh, wujudkah bahasa ini?)... memang 1Malaysia. Hebat2.

Peristiwa 'kesesatan' yang nyata lagi jelas juga berlaku, hari pertama sahaja aku dah 5 kali sesat. Konon nak cari Masjid Jamek, tetapi terjumpa Jalan Esfahan. Nak cari Cap-square, tersampai pula ke 'Cape Town' (ok2, ini sudah merapu). Bertanya pula seorang 'pak guard' akan arah yang hendak di tuju, tapi dia tidak fasih melayu...hebat, memang 1Malaysia.

Aku berada disini untuk satu tujuan, iaitu menghadiri BeST program yang di anjurkan di UniRazak, oleh BiotechCorp. Tapi semenjak 2 hari ini, aku memang kurang tido, cara hidup juga sudah berubah, makan sudah tidak teratur (kompom naik sekilo dua ni, kena cepat2 daftar membership untuk FitnessFirst Gym). Akibatnya, aku menjadi kurang bermaya, lesu dan mengantuk. Maka tidak hairanlah, kini aku memiliki sebiji 'benjol' yang sungguh bulat, sedikit kebiruan, cantik, mekar di sebelah kanan dahi aku dek kerana tersadung ketika keluar dari tandas pagi tadi. Siapala designer yang pandai design ada 'level' kat depan pintu tandas?

2) Sentuh pasal muzik. Pandai sangatkah aku nak cakap pasal muzik?
Walaupun aku ni bukanlah seorang pelajar muzik, jauh sekali expert, atau professional dalam muzik, tapi aku rasa muzik adalah suatu perkara universal yang memang semua orang tahu, faham, tapi tidak pasti bagaimana untuk meluahkannya tanpa pengetahuan asas dalam muzik. Aku faham muzik dengan cara aku, tanpa perlu merujuk kepada 'music score' atau mendalami cara untuk membaca susunan nota muzik.

Aku merujuk kata2 Thom Yorke, merangkap guitaris/vokalis/komposer untuk band Radiohead, yang sedikit sebanyak berbunyi, "Jika ada sesiapa yang meletakkan 'music score' di depan aku, dan suruh aku memainkannya, ia hanya sia-sia.. kerana bagi aku, kamu tidak boleh memainkan 'rythms' dgn baik dgn hanya melihat music score tersebut, ianya tidak berkesan. Maka, aku tidak mempelajarinya..".

Aku setuju 100% degn kata-kata 'role model' aku ni, atas satu sebab. Music score/notation mula diperkenalkan sekitar kurun ke 16, dan telah melalui beberapa kali perubahan. Ketika itu, tiada camcorder, audio recorder, walkman, komputer, dan memang tiada cara yang sesuai untuk 'mengabadikan' sesebuah masterpiece melainkan dengan menulisnya di atas sekeping kertas. Maka dengan cara itu, hingga ke hari ini kita dapat mendengar 'Symphony No 5', 'Moonlight Sonata' (Beethoven) dan 'Canon D' (Johann Pachelbel).

Tetapi, zaman kini, kita sudah ada macam2.. bila ada sahaja ilham, terus rakam (record). Dan rakam bukan sahaja menggunakan camcorder, malah iphone pun boleh ambil video dengan sangat cantik, siap boleh upload ke YouTube lagi. Memang 'music notation' tu penting sebab ianya 'lingua franca' untuk muzik zaman kini; ia boleh difahami oleh mana-mana ahli muzik tanpa mengira latar bahasa, TETAPI bukankah juga kita belajar bermain muzik menggunakan kemahiran 'mendengar'? (Aku pasti ramai yang main gitar diluar sana mempunyai kemahiran untuk mengenal pasti note dan pitch dengan sangat baik..kan?)

3) PseudoAudio 3rd Single: Haru
Band aku, PseudoAudio akan keluarkan single terbaru hujung minggu ini, bertajuk "Haru" dan terdapat 4 track di dalamnya, "Tak Sehebat Kamu", "Haru", "Tak Sehebat Kamu - minus one" dan "Haru - minus one".

Mesti bloggers semua tertanya-tanya, kenapa kena ada versi minus one untuk setiap lagu? Suara kurang enak kah? Mungkin juga. Tapi kami sebenarnya ingin memberi pendengar/kritik peluang untuk merakam sendiri vokal atau melody (menggunakan sebarang instrument) mengikut versi mereka sendiri, kemudian, upload ke page kami di Facebook untuk dinilai oleh pendengar/kritik yang lain.

Aku percaya ini merupakan satu lagi aktiviti sihat yang dapat menghindarkan ramai pihak dari gejala-gejala negatif seperti melepak dan 'menyeksa' manusia yang tidak berdosa. Boleh kah kalian? Anggap sahaja ini satu cabaran dan pertandingan, InsyaAllah, hadiah istimewa bakal menanti...
Read more...

Monday, February 8, 2010

My Top 3 Favorite Basslines.

No.3.....

Song: "Johnny B. Goode" by Chuck Berry/Elvis Presley
Genre: Rock n Roll
Comments: This is one of many evergreen songs that I know since my childhood. The tune was first heard while watching 'Back to the future' - indeed my favorite trilogy film so far. Using the most common progression in Rock n Roll which is I-IV-V, this song is a must-to-learn not only for those who intend to learn a rock n roll baseline, but also for the guitarists who want to diversify the genre.



No.2.....

Song: Freestyle play by Buddy Hankerson.
Genre: Funky Rock
Comments: I bet most of you might heard this kind of tune, especially while watching Drama, or 'government promo' around late 80's to early 90's. Yes, this is also one one of my favorite bass tune, and it sounds nostalgic. God, just listen to how he slap the string over and over again. Frankly, I can't slap my guitar strings properly, and I wonder why.. *sigh*. So, again guys, this is number 2!


No.1...!!!

Song: "Stay Away" by L'Arc~en~Ciel (Laruku)
Genre: J-Rock
Comments: Yes, yes and yes! It's J-rock that rules once again. I believe most J-Rock bands have a very good quality of bassline in their songs (just listen to hundred of anime songs out there, if you don't believe me), and "Stay Away" is just one of them. The bassline are very melodic, but there is also period when it counters the melody/lead especially during the 'peak' of the song (i.e chorus). So there it is.. "Stay Away" (generally J-Rock), my no.1 bassline..

P/S: PseudoAudio's bassline must be influenced by one of these basslines..
Read more...

Tuesday, July 14, 2009

Lagu Kacuk!

Ingat manusia je ke yang boleh ada anak kacok. Lagu pon boleh dikacok gak.
Tapi bukan semua yang kacok tu 'lawa', atau ada kualiti. Nak main kacok2 kena hati-hati.

Satu genre kacok dengan genre yang lain, wujudlah apa yang kita panggil subgenre.
Proses ini berterusan dari satu era ke satu era, manusia (ahli muzik) akan terus menjalankan eksperiment agar masterpiece mereka tidak berbunyi seperti masterpiece orang lain (bahasa mudahnya tiru la).

Kenapa tiba-tiba aku nak tulis benda ni? Ni semua gara-gara mendengar lagu "Goyang Inul" kat TV minggu lepas la ni, haihh..

Metal + Dangdut = GOYANG INUL


p/s: Mantap gilaa.. asyik bangat deh..
(bukan goyang gerudi inul tu, tapi skill guitar solo time bridge, haha)

Read more...

Thursday, July 2, 2009

May Allah be with you Uncle Jacko, R.I.P.

I'm not a big fan of Michael Joseph Jackson @ Mikaeel, but I believe he's one of the best entertainers have ever been born, and I'm glad I'd enjoyed his songs during my childhood days while he was still alive back in the early 90's, unlike the late Elvis Presly and Allahyarham Tan Sri P Ramlee. Beat it, Billie Jean, Bad and Black or White are my favorite of his, and I can barely remember his cool music video of Black or white being on-aired on local tv (TV3) somewhere between 1992-1993.


Some facts that u might or might not know about M.J:
  • made his debut on the professional music scene in 1968 as a member of The Jackson 5 before began a solo career in 1971.
  • 1982 album Thriller remains the world's best-selling album of all time.
  • popularized a number of physically complicated dance techniques, such as the robot and the moonwalk - which later became his trademark.
  • labeled as the king of pop makes his name as bigaz as other big names such as B. B. King (King of the Blues) and Elvis Presley (King of Rock and Roll). Click here for more info.
  • In May 1994, Jackson married singer-songwriter Lisa Marie Presley, the daughter of Elvis Presley but divorced less than two years later.
  • married dermatologist nurse Deborah Jeanne Rowe, who bore him a son, Michael Joseph Jackson, Jr. (also known as "Prince"), and a daughter, Paris-Michael Katherine Jackson.
  • purchased land near Santa Ynez, California in March 1988 to build Neverland Ranch at a cost of $17 million.
  • In November 2008, he has reportedly converted to Islam and changed his name to Mikaeel after one of Allah’s angels.
  • Died at approximately 2:25 p.m. local time (21:25 UTC) on June 25, 2005 in Holmby Hills, LA at the age of 50. Until this post was written, it's believed that the cause of death was due to his addiction to drugs.
  • His family intended to bury him at the Neverland Ranch, eventually turning it into a place of pilgrimage for his fans, similar to how Graceland has become a destination for fans of Elvis Presley.

Rest In Peace Michael..

P/S: Listen to Michael's songs for free at his official Myspace page.
Read more...

Thursday, March 26, 2009

Hakikat sebenar muzik Malaysia (Part 1 kot..)

Hai semua..! (macam tak berapa menarik jer intro ni, bunyi gay pun ada..)

Hello my little friends..! (Pun kurang menarik gak.. hmm)

Salam Bloggers..! (Haa.. yang ni aku suka.. jajaja..)

Sudah hampir 3 minggu tidak berkarang, bukan bererti empunya blog ini sibuk mahupun cuba menyibukkan diri, tetapi minat untuk menulis itu bukanlah sebenarnya sesuatu yang disukai oleh si empunya blog. Projek terbaru sedang diusahakan? Belum sampai masanya lagi. 

Sesuatu yang tidak pernah dijangka oleh mereka yang mengikuti blog usang ini, tuan empunya blog tidak pernah membahaskan diri sebagai "aku" di dalam penulisannya yang berbahasa melayu, tetapi menggunakan "saya".. atau "tuan empunya blog".. Pembaharuan yang lebih sempoi a.k.a kurang skema sebanyak 500 miligram? mungkin dalam perenggan yang seterusnya..

Semenjak dua menjak ini, AKU sedang membuat sedikit research akan perkembangan muzik tanah air tercinta, Malaysia (bukan Malingsia, seperti yang disyorkan oleh sekolompok bangsa yang kononnya sangat agung dengan karya seni dan muzik mereka). Dari zaman keroncong Allahyarham Tan Sri P Ramlee, hinggalah sampai ke era demam indie yang sedang melanda industri muzik kini, corak perubahan muzik yang berlaku sungguhlah menggiurkan dan menarik perhatian.

Sebelum bercerita lebih jauh, aku nak sentuh sikit bab-bab indie ni. Sekarang ni, kita dapat tengok, kalau ada sahaja band-band yang baru masuk ke industri lantas meletop ala-ala Bang-Bang Boom, mereka terus dilabel sebagai indie, dari penampilan sampailah ke genre lagu. Sebagai contoh, 


Contoh 1:

"Eh, mat, ko suka dengar lagu genre apa?"

"Aku suka dengar genre indie, layan beb.. lagu indie sekarang memang tip top, rock kapak tak main la, jiwang leleh, karat, cintan! Tak main la makan mee Cintan, Mamee Slurp lagi best, betul-betul Ho-Liao (salah mee dik oi..)"


Contoh 2:

Seorang pengacara rancangan hiburan di Televisyen berkata,

"Jangan lupa datang ke showcase #!%^&$%@ minggu hadapan, ramai artis-artis akan menghiburkan anda, terutamanya band-band indie seperti Hujan, Estranged, Meet Uncle Husin, Nitrus, etc akan menggegarkan pentas keramat ini.. (walhal cuma pentas yang terletak di Kampung Datuk Keramat, tidak lebih dari itu)"


Terus terang aku cakap, aku ni bukanlah seorang pakar muzik, seorang pakar bahasa, atau pun seseorang yang telah menggengam segulung ijazah, master atau PhD dalam kedua-dua bidang tersebut, tetapi apa yang aku cuba sampaikan selepas ini adalah berdasarkan pemahaman dan lojik akal aku, kalau hangpa semua nk kutuk, kutuklah.. silakan.. (ramai la sikit orang yang komen post ini, ye dak? Jajajajaja..)

Secara am nya, penggunaan istilah indie dalam kedua-dua contoh ayat yang dinyatakan sebelum ini, pada aku, adalah kurang tepat. Pertama sekali, hendaklah kita faham bahawa istilah indie itu merujuk kepada pergerakan - lebih tepat lagi dirujuk sebagai "Pergerakan Indie" atau dalam bahasa orang putihnya "The Indie Movement". Dalam konteks ini, pergerakan itu adalah "Noun"/Kata nama, manakala penggunaan indie disitu berfungsi sebagai "Adjective". Oleh yang demikian, secara terang-terangan perkataan indie itu tidak boleh berdiri dengan sendiri, kerana ia bukanlah sebuah kata nama, tetapi adalah adjektif. Melainkan jika penggunaanya disertakan bersama dengan kata nama, maka ia boleh berdiri dengan sendiri. 

Bila kita menyebut soal genre muzik, genre-genre muzik adalah merupakan kata nama, seperti Rock, Pop, Jazz, Reggae, Balada dan Nasyid, semua itu merupakan kata nama. Maka, jika kita hendak merujuk lagu-lagu cabang independent yang tumbuh bak cendawan, hendaklah kita sertakan sekali kata namanya, seperti "Indie Rock", "Indie Pop", "Indie jazz", "Indie nasyid" (tak pernah dengar la pulak kan), dan sebagainya. Walaubagaimanapun, perkara tersebut tak pernah termaktub pun dalam mana-mana buku tatabahasa melayu atau English grammar (korang tak perlu la sibuk-sibuk selongkar buku-buku latihan tatabahasa korang masa di sekolah dulu), dan masih lagi hebat didebat oleh banyak pihak akan penggunaannya, biasalah manusia, banyak pendapat dan songehnya.

Berkenaan contoh kedua, adalah lebih baik jika kita teliti sendiri definasi indie, atau lebih dikenali dengan istilah 'muzik underground' di awal era 80-90an di Malaysia, yang aku petik dari laman Wikipedia

"In popular music, independent music, often abbreviated as indie, is a term used to describe independence from major commercial record labels and an autonomous, do-it-yourself approach to recording and publishing."

Terjemahan Am: Muzik bebas, atau indie, adalah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada kebebasan dari label-label rakaman major, dan lebih kepada langkah anda-buat-sendiri/berdikari untuk merakam, mempromosi dan mengedar lagu.

Bila kita sentuh sahaja "label-label rakaman major" (betul ke terjemahan aku ni, lalala), disini kita menyebut soal untung dan duit. Memang tidak dinafikan banyak band-band baru seperti Hujan, Estranged, atau Bunkface masih "berdikari" dalam soal kompos/rakam lagu, membuat show, gig atau sebagainya. Tetapi bagaimana dengan naungan mereka? Adakah mereka mengedar album mereka sendiri? Jawapannya tidak. Hujan, yang suatu ketika dahulu menjual/mengedar EP mereka secara indie, kini bernaung di bawah FMC, dan Estranged pula bernaung di bawah Sony BMG. Adakah mereka 100% indie, atau mainstream, atau separa indie-mainstream? Soal itu, anda nilailah sendiri. Janganlah kita terlampau overuse istilah indie tu, payah juga kalau semua benda pun nak indie kan? Fakta dibawah ini mungkin boleh membuat anda berfikir 2 kali akan penggunaan sebenar istilah band-band indie:

"Underground bands and artists are often signed with independent record labels, and they typically perform in small venues and promote their music through word-of-mouth, internet sites, fanzines, and college radio or community radio airplay."

"An independent record label (or indie record label) is a record label operating without the funding of or outside the organizations of the major record labels."

Hakikatnya, arus perubahan muzik di Malaysia masih lagi dalam proses "culture shock" yakni masih muda, terkejut (buzzz!) dan belum bersedia untuk menerima perubahan yang agak mendadak. Tunggulah sampai suatu hari nanti, bila seluruh rakyat Malaysia menggelar "Hujan" dan "Estranged" sebagai Indie bands "Rock bands" (Garage, Alternatif), barulah kita boleh cakap transisi arus perubahan muzik itu berlaku dengan lancar. Hey, Estranged dan Meet Uncle Husin dah menang Juara Lagu pun, dah popular pun, masuk keluar tv/radio ARUS PERDANA hari-hari pun, tak salah kan kalau kita panggil mereka Malaysian Indie bands "Malaysian Rock bands"? =)

Panjang juga posting aku kali ni, baru ingat nak selitkan sikit info berkenaan muzik era 80an di Malaysia, tapi nak buat macam mana (lain kali mungkin kot..), ini pun dah panjang macam masamaun.. masamaun?! Korang tanak tahu siapa dia masamaun.. nak tahu juga? tak perlu la kot, karang tak leh tido pulak, Hehehe.. chio!

Gambar Pil Acai yang aku ambil dari pasaraya Walmart 
beberapa minggu yang lalu. 
Apa kaitannya dengan indie dan post kali ini? Hanya Sekadar Hiasan.
Read more...

Tuesday, January 27, 2009

Buah Tangan.

1) Sangat sibuk semenjak dua menjak ini, biasalah, final year lah katakan. Walau bagaimana pun, masih terasa untuk mengisi sedikit kandungan memandangkan blog ini sudah lama menyepi seperti hati tuannya (cewah..).
2) Ramai yang bertanya-tanya, tiada lagu barukah dari saya dan pjoe? Jawapannya hanya masa yang menentukan. Mungkin ada.. mungkin juga tiada..
3) Remake untuk pertemuan? Mungkin juga ada. Dah bosan dengar versi akustik ye dak?
4) Tahniah kepada Meet Uncle Hussain kerana memenangi AJL 23 baru-baru ini.
5) Selamat menyambut Maal Hijrah, Tahun baru 2009, dan Tahun baru cina.

Sekian. Read more...

Tuesday, November 4, 2008

Inspiring Soccer Songs: Top 3

Here I listed 3 most notable football/soccer songs that I believe will inspire you guys greatly in any fields that you guys are doing, especially the one that related to Sports. As some of you might have expected, I do put those songs in order from less favorite to the most favorite.

3rd
Ricky Martin (The Cup of Life)
Genre: Dance pop, Latin pop.


"The Cup of Life" was not a new song once it was introduced as a theme song for Fifa Worldcup 1998, but it was simply a translation of the song "La Copa de la Vida," a track included on Ricky's fourth album, Vuelve. If you noticed, there are two version of "The Cup of Life", one is more enriched with Latin's musical instrument while the other one is more likely as a remix version, this version has a faster tempo compared to the one mentioned earlier.


2nd
Bellini (Samba de Janeiro)
Genre: Dance pop, Samba


"Samba de Janeiro" was populared by a Brazillian dance pop singer, Bellini. This song was written somewhere around 90's but started to popular at the end of 90's, once it had been remixed (I guess).


1st
E-Type (Campione 2000)
Genre: Eurodance


"Campione 2000" is a football song that was the official song of the European Football Championship 2000 (Euro 2000) in the Netherlands and Belgium. It was performed by swedish musician E-Type, who is also a co-writer of the song. What makes this song no.1 is that the song includes football chantings "campione" (champion in English) repetatively during the song's intro and chorus; which makes the song so inspirational. Read more...

Sunday, September 14, 2008

Video Klip Tempatan

Salam ditujukan buat warga bloggers dan pembaca setia EsTOM.

Sudahkah kamu semua mendengar lagu "Fikirlah" yang didendangkan oleh Aizat? Rata-ratanya pasti sudah mendengar lagu tersebut memandangkan ia agak kerap dimainkan di corong-corong radio terutamanya di radio Era. Apa yang saya mampu katakan ialah, tahniah buat artis muda ini yang berjaya membawa impak lagu yang unik dan sangat beridentitikan vokalnya yang rilek dan bertenaga itu.

Namun, bukanlah saya hendak menyentuh mengenai vokal atau kualiti lagu saudara Aizat ini, tetapi saya ingin sekali hendak menyentuh aspek yang agak penting dalam mempromosikan sesebuah lagu, iaitu video klip. Sekita Jun yang lalu, video klip "Fikirlah" telah pun dilancarkan dengan jayanya dan video klip itu kini boleh ditonton oleh peminat-peminat Aizat menerusi laman web Youtube.

Dihasilkan oleh Redeoscape, video yang pengambarannya diambil di sekitar Bandaraya K.L ini boleh dikatakan amat mirip dengan video klip Peterpan "Menghapus Jejakmu". Terdapat unsur-unsur tiru? Mungkin tidak.. mungkin mereka hanya mengambil konsep yang telah digunakan oleh Peterpan tetapi menerapkan tema dan jalan cerita yang lain dari yang lain.

Namun apa yang lebih penting ialah, saya dapati terdapat kemajuan yang ketara dalam pembikinan video klip di Malaysia sejak akhir-akhir ini yang saya percaya mempunyai perbezaan yang amat besar dengan video-video klip yang pernah dihasilkan untuk artis-artis gah terdahulu. Ya, banyak sekali perbezaannya.

Video-video klip artis terdahulu mempunyai tema yang 'tipikal' seperti model/gadis, tema band (tunjuk sahaja band itu bermain lagu itu dari mula sampai ke habis lagu, langsung tidak bermakna), gambar-gambar permandangan dan sebagainya. Ada juga yang cuba menghasilkan video klip yang lebih murah lagi (bajet) kos pembikinannya sehingga penonton sendiripun sudah tidak tahu dan faham lagi apakah mesej yang cuba disampaikan oleh pengarah video klip itu.

Tidak percaya lagi apa yang saya cuba sampaikan? Kita lihat contoh video klip artis se-gah nama Mamat; lihat video klipnya yang bertajuk "Seminit bagiku" yang turut digunakan untuk versi minus-one lagu tersebut (versi karaoke), dan cuba banding-beza sendiri dengan video klip lagu Aizat bertajuk "Fikirlah":

Mamat: Seminit Bagiku

Aizat: Fikirlah

Read more...

Saturday, September 13, 2008

Myspace dan Muzik?

Aku nk tulis ni pon bukan apa.. tp saja, dh tatau mcm mana nk initiate progression kat blog ni, sori la ye pembaca sekalian sebab penulisan aku kali ni agk "rojak", malas nak wat skema2... huhu..

Ok, now back to the topic, Myspace dan muzik.. aku dpt perhatikan sekarang ni banyak sungguh band2 underground yg menggunakan Myspace sebagai medium utk mempromosikan lagu2 mereka, bley di katakan 50% of them mmg tader label lagi, dan kewujudan mereka mmg mcm cendawan tumbuh selepas hujan.. hehehe, bukan aku tak puas hati, tp kira ok la, ni jugak satu perkembangan positif utk perkembangan muzik negara kita secra amnya... byk la lagu2 yg best2 yg di ketengahkan tak kira dari negara mana sekalipun, tapi kalau nk dgr local band, singapore dan indonesia, mmg byk la band2 underground kat Myspace ni.. band2 ni plak mostly ketengahkan muzik2 berunsur indie, which is one of my fav music genre recently...

ok la, tu ajer aku nk cakap kali ni, malas nk tulis pjg2.. kat bawah ni aku kasi la satu cth profile band yg ada kat myspace.. chow dulu beb...

Read more...

Related Posts with Thumbnails