Showing posts with label Ejoy n Pjoe. Show all posts
Showing posts with label Ejoy n Pjoe. Show all posts

Tuesday, March 3, 2009

Hilang - Single Ketiga


Salam bloggers! Seperti yang dijangka, Alhamdullilah, single kami (Ejoy & Pjoe) yang terbaru akhirnya telah berjaya disiapkan selepas tertangguh beberapa ketika dek kerana jadual sebagai seorang pelajar U yang agak ketat. Sebagai hadiah kepada mereka yang penat menanti, EP terbaru ini tidak hanya menampilkan satu lagu, tetapi dua! (Bak kata orang "2 dalam 1").

Trek pertama bertajuk "Hilang" adalah merupakan single itu sendiri, manakala trek kedua bertajuk "Pertemuan" adalah versi istimewa 'remade' single pertama kami yang lebih music enriched and mellow, dinyayikan semula oleh Ina dan rakan-rakan R.I.T yang lain termasuk Ajiem, Gazali, dan Najmi. Info, lirik, chord guitar, dan fail mp3 untuk kedua-dua trek telah disertakan bersama-sama posting ini, seperti berikut:  


01 - Hilang

Ejoy: Song, Vocal, Lead (Guitar), Audio/Recording Engineer.
Pjoe: Lyric, Guitar.

VERSE 1:
Biar terasa bahagia
walau untuk seketika
telah kucuba mensuci dosa

VERSE 2:
Bintang yg terang semalam
yang kuharap xkunjung tiba
sesak terjerat untuk selamanya

PRE-CHO:
Lihatlah di luar sana
semuanya tiada
haruskah ku keluar
bila semua yg ku kejar

CHORUS:
Hilang..
menembus ruang yang hitam
Hilang..
merentas malam yang kelam
Hilang..
terus menghilang..

(Bridge, repeat Pre-Cho and Chorus)

Sampai Waktu..
kan ku temu..
pasti temu...


The Chords (Capo 2nd fret):

Intro:
Cadd9 D Em7M G6
Cadd9 D G6
Cadd9 D Em7M G6
Cadd9 D Cadd9 D

Verses:
Cadd9 D G G6 Cadd9 D G6 (Repeat 2X)

Pre-cho:
Cadd9 D G G6
Cadd9 D G
Cadd9 D G G6
Cadd9 Cadd9 D

Chorus:
Cadd9 G G6 D (Repeats)


02 - Pertemuan 2009 (Ina feat. bebudak R.I.T)

Pjoe: Song, Guitars, Audio/Recording Engineer.
Ejoy: Lyric.

VERSE 1:
Pertemuan kita
pertemuan sementara
bila tiba masa
perpisahan pasti tiba...

VERSE 2:
Perpisahan kita
perpisahan seketika
bila tiba waktunya
kita berjumpa kita berselisih semula..

PRE-CHO:
masih ingatkah kamu pada dia?
masih ingatkah kamu pada kita?

CHORUS:
Bila..
kita berpisah
jangan pernah lupa detik kita
tertawa gembira bersama di sini
Moga..
kita bertemu
bertemu kembali dan bersatu
bersatu seperti waktu itu..


The Chords (Capo 1st fret):

Intro/verses:
G Cadd9 Em7 D (Repeats)

Pre-Cho:
Cadd9 Em7 D
Cadd9 Em7 D Cadd9

Chorus:
G Cadd9 Em7 D (Repeats)

Bridge:
G Cadd9 Em7 D
G Cadd9 Em7 D

Outro:
G Cadd9 Em7(short) D Cadd9
G Cadd9 Em7(short) D Cadd9
G

EP "Hilang" boleh dimuat-turun secara PERCUMA di sini. No hidden fees indeed =D. Atau anda juga boleh mendengar lagu-lagu tersebut secara streaming menerusi laman web Imeem. Kritikan, kutukan, komen, cadangan, request lagu, atau sebagainya adalah amat dialu-alukan dan boleh dibuat menerusi ruangan Comment. Akhir kata, ceria-cerialah selalu dan Terima kasih atas segala sokongan!
Read more...

Saturday, October 25, 2008

Riverknoll - Single Kedua

Selepas mendapati lagu "Pertemuan" telah mendapat sokongan yang memberangsangkan dari sahabat handai dan saudara mara terdekat (kononnya la, hahaha), usaha kami (saya dan pjoe) untuk berkarya tidak terhenti disitu. Buktinya, kami kini telah berjaya menghasilkan single kedua bertajuk "Riverknoll" yang mana dihasilkan 100% oleh kami - kata orang putihnya Homemade/Mini Home Studio.

Berbekalkan peralatan yang murah (termasuk mic PC yang berharga tidak sampai RM20, dan software percuma seperti Audacity), lagu ini mengambil masa 2 minggu untuk disiapkan termasuklah dari aspek merakam trak lagu hingga ke editing.


Aspek Teknikal

Setelah membuat beberapa penilaian dari aspek teknikal, berikut adalah kesimpulan yang dapat kami cetuskan:

1) Bunyi 'Cymbal' (percussion) sedikit kuat walaupun beberapa kali cuba dikecilkan bunyinya.
2) Kualiti yang berbeza-beza sekiranya anda menggunakan earfon atau headfon atau loud speaker atau woofer untuk mendengar lagu ini. Di antara semua alat dengar yang dinyatakan, mendengar lagu ini menerusi headfon adalah yang terbaik.
3) Rakaman hanya menggunakan mic PC yg murah, kualiti asal bunyi adalah kurang memuaskan, namun berjaya dipertingkatkan sedikit kualitinya menggunakan teknologi komputer.
4) Kebanyakan instrumen adalah bunyi MIDI - jumlah trak keseluruhan mencecah hampir 30 trak semuanya.
5) Banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki - kami masih amatur. Dan ini juga merupakan kali pertama kami merakam lagu sendiri. First attempt bak kata orang puteh. Lalala.

Work Station - very simple, but it is naisss.. I like!


Instruments used


Aspek Lagu


Kembali kepada fokus yang cuba diketengahkan oleh lagu ini - "Riverknoll" menceritakan serba sedikit pengalaman pelajar-pelajar Malaysia di R.I.T (Rochester Institute of Technology). Nama "Riverknoll" yang diselitkan dalam lagu ini mewakili "kehidupan pelajar-pelajar" itu sendiri, termasuklah kami sendiri (Riverknoll adalah nama salah sebuah kawasan kediaman/apartmen di R.I.T).

Kenapa kami pilih Riverknoll? Sebab yang pertama, kebanyakan pelajar-pelajar Malaysia disini PERNAH menetap di Riverknoll, termasuk saya dan Pjoe sendiri. Kedua, Riverknoll juga merupakan destinasi/rumah yang pertama kami tuju ketika kami mula-mula sampai di R.I.T pada tahun 2005 (Rumah abang Faiz, tribute2, hehehe). Dan yang ketiga, Riverknoll kemungkinan besar akan dirobohkan sepenuhnya menjelang tahun 2010, oleh itu dengan menggunakan nama Riverknoll sebagai tajuk lagu ini, secara tidak langsung nama Riverknoll dapat di abadikan bersama dengan kenangan kami semua di R.I.T, diabadikan bersama-sama dalam lirik lagu ini.

Buat mereka yang tidak pernah sampai ke R.I.T dan tertanya-tanya bagaimana rupa sebenar Riverknoll, jangan malu jangan segan, cari saja di Google Earth, Google Maps atau Wikipedia. Sekarang kan zaman dot net dot my dan segala dot lagi.


Info/ Lirik/ Chord Lagu

TITLE: Riverknoll
Pjoe: Song, Vocal, Guitars, Music Box
Ejoy: Lyrics, Backing Vocals, Audio/Recording Engineer, Bass/Drum (computerized)


VERSE 1:
Musim Luruh Tiba Lagi.. (jadi skema lagi..)
Bagasi yang kubawa ini.. (penuh maggi..)

VERSE 2:
Harapanku menggunung tinggi.. (four flate yangku impi)
Tapi kelas 8 pagi.. (ku ponteng lagi...)

CHORUS:
Kan ku cuba semua cara
walau payah perit pasti dirasa
kan ku cuba teruskan jua
untuk menggapai semua cita

VERSE 3:
Bangun pukul 6 pagi.. (cari rezeki..)
Sapu sampah sana sini.. (asal dapat gaji...)

REPEAT CHO (2x)


The Chords:

Intro:
Dsus4/E Cadd9 G D (2x)

Verse/Chorus:
Dsus4/E Cadd9 G D (2x each verse and Cho)

Interlude & Bridge:
Dsus4/E Cadd9 G D
Cadd9 D G G6 Cadd9 D


Sekian buat waktu ini. Segala kritikan amat-amat dialukan. Jya-matta!
Single "Riverknoll" boleh dimuat-turun secara percuma di sini ATAU di sini.

*******************************************************************
Updates:
Lagu ini sudah di muat-naik (upload) di dalam website Imeem. Anda boleh mendengar lagu Riverknoll secara online atau meletakkan 'player' lagu tersebut di dalam website/blog anda. Terima kasih atas segala sokongan! Read more...

Related Posts with Thumbnails