Sunday, September 14, 2008
Video Klip Tempatan
Salam ditujukan buat warga bloggers dan pembaca setia EsTOM.
Sudahkah kamu semua mendengar lagu "Fikirlah" yang didendangkan oleh Aizat? Rata-ratanya pasti sudah mendengar lagu tersebut memandangkan ia agak kerap dimainkan di corong-corong radio terutamanya di radio Era. Apa yang saya mampu katakan ialah, tahniah buat artis muda ini yang berjaya membawa impak lagu yang unik dan sangat beridentitikan vokalnya yang rilek dan bertenaga itu.
Namun, bukanlah saya hendak menyentuh mengenai vokal atau kualiti lagu saudara Aizat ini, tetapi saya ingin sekali hendak menyentuh aspek yang agak penting dalam mempromosikan sesebuah lagu, iaitu video klip. Sekita Jun yang lalu, video klip "Fikirlah" telah pun dilancarkan dengan jayanya dan video klip itu kini boleh ditonton oleh peminat-peminat Aizat menerusi laman web Youtube.
Dihasilkan oleh Redeoscape, video yang pengambarannya diambil di sekitar Bandaraya K.L ini boleh dikatakan amat mirip dengan video klip Peterpan "Menghapus Jejakmu". Terdapat unsur-unsur tiru? Mungkin tidak.. mungkin mereka hanya mengambil konsep yang telah digunakan oleh Peterpan tetapi menerapkan tema dan jalan cerita yang lain dari yang lain.
Namun apa yang lebih penting ialah, saya dapati terdapat kemajuan yang ketara dalam pembikinan video klip di Malaysia sejak akhir-akhir ini yang saya percaya mempunyai perbezaan yang amat besar dengan video-video klip yang pernah dihasilkan untuk artis-artis gah terdahulu. Ya, banyak sekali perbezaannya.
Video-video klip artis terdahulu mempunyai tema yang 'tipikal' seperti model/gadis, tema band (tunjuk sahaja band itu bermain lagu itu dari mula sampai ke habis lagu, langsung tidak bermakna), gambar-gambar permandangan dan sebagainya. Ada juga yang cuba menghasilkan video klip yang lebih murah lagi (bajet) kos pembikinannya sehingga penonton sendiripun sudah tidak tahu dan faham lagi apakah mesej yang cuba disampaikan oleh pengarah video klip itu.
Tidak percaya lagi apa yang saya cuba sampaikan? Kita lihat contoh video klip artis se-gah nama Mamat; lihat video klipnya yang bertajuk "Seminit bagiku" yang turut digunakan untuk versi minus-one lagu tersebut (versi karaoke), dan cuba banding-beza sendiri dengan video klip lagu Aizat bertajuk "Fikirlah":
Mamat: Seminit Bagiku
Aizat: Fikirlah
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment