Saturday, September 13, 2008

Terakhir Dari Peterpan

Peterpan kini sudah pasti sedang mempromosikan album mereka yang ke-4, yang juga berkemungkinan besar album terakhir mereka dengan nama "Peterpan", yang telah dilancarkan dengan jayanya pada tarikh 8 Ogos 2008. Berkonsepkan album "Best of The Best", album yang diberi judul “Sebuah Nama Sebuah Cerita” ini terdiri dari 2 CD, 15 lagu dalam setiap CD, termasuk 3 buah lagu baru yang salah satunya adalah versi "cover" version dari lagu Almarhum Chrisye “Kisah Cintaku”.

Setelah album ini, Peterpan mungkin tidak akan lagi menggunakan nama Peterpan. Band Indonesia yang terdiri dari 4 jejaka iaitu Ariel, Luki, Loekman dan Reza ini mengaku masih belum menemukan nama baru buat band mereka. Walaubagaimanapun, mereka tetap memberikan 100% komitmen buat peminat dan pencinta muzik.

Antara lagu yang dimuatkan di dalam album ini ialah "Walau Habis Terang". Berikut adalah video klip lagu yang dimaksudkan. Bagaimana, layan? anda nilai sendiri.


No comments:

Related Posts with Thumbnails