Sunday, January 3, 2010
Turun Berat Badan?
Ramai yang tanya aku, macam mana aku boleh kurus sampai hilang 40Kg berat badan. Letih juga aku nak jawab satu demi persatu pertanyaan memandangkan jawapan yang akan aku lontarkan kepada mereka yang bertanya adalah hampir sama sahaja. Sempena tahun baru ini, biarlah aku cerita sikit strategi untuk hilang sekurang-kurangnya 1Kg dalam masa 1 minggu, so kalau korang nak hilang, let say 40Kg macam aku, maka boleh hilang dalam lebih kurang 40 minggu = 10 bulan sahaja.
Korang mesti pelik, kenapa sampai 40Kg je, then aku stop? Sebabnya mudah saja, iaitu kalau aku hilang 40Kg, maka aku akan mendapat BMI idle iaitu 24. As simple as that. So, korang kalau nak kurus tu, apa2 hal pun buat la kira2 dulu ok, jangan terlebih kurus sampai jd ‘keding’ plak. Terlebih dahulu, aku nak bagitahu la, aku share info ni bukan la sebab nak riak kata aku kurus ke apa, tapi aku rasa benda ni adalah ilmu, dan memang wajib ilmu itu disebarkan supaya ianya terus bercambah. Ok? Pendek cerita, berikut adalah tips yang aku amalkan semasa dalam tempoh 10 bulan aku kuruskan badan, tanpa pil diet, dan paling penting, tanpa JUS MATE 5 Dr. Rozmey atau Acai Berry :D
Langkah 1: Kira Berat Badan Sasaran, guna formula BMI
Kira BMI terkini korang, then kira plak berapa berat yang perlu korang buang. BMI Idle korang (BMI Idle ialah antara 18-25, Overweight 25-30, Obese 30>). Contoh pengiraan:
Berat terkini 140Kg, Tinggi pula 1.5m (memang clearly obese la kan).
Formula: BMI = Berat dalam Kg / (Tinggi dalam meter)^2
= 140Kg / (1.5m)^2
= 62.2 Kg/m^2
Sememangnya super duper obese la bmi 62.2 ni, nak turun pulak sampai sekurang-kurangnya dapat bmi 25, so berapa ek nak buang? Sebab kita ni kadang-kadang dah tak bleh nak tinggi lagi bila melepasi umur 20 tahun, maka kita kena jugak adjust weight kita ni. Kira expected weight (berat target) dulu la jawabnya.
Berat target (kg) = BMI target X (Tinggi dalam meter)^2
= 25 X (1.5m)^2
= 56.3 Kg ~ 56Kg.
Berat perlu dibuang = Berat terkini – Berat target
= 140 – 56
= 84 Kg.
Mesti korang kata, gila ke apa ko ejoy, nak buang sampai 84Kg. Di sini, biar aku jelaskan, itu bukan perkara mustahil. Nak buang 84Kg, maksudnya kena makan masa 84 minggu, lebih kurang setahun setengah juga la, tapi itu bukan suatu masalah. Yang penting disiplin dengan program, that’s the key of success. Kalau rasa 84Kg tu terlalu banyak, boleh je kita nak buat sub-goal dulu, seperti nak turunkan berat sebanyak 20Kg dulu, then bila dh lepas tu, naikkan sket untuk turun 30Kg plak. Sikit2 lama2 jd bukit, betol tak?
Langkah 2: Senaman
Secara jujur, korang tak perlu nak senaman sebenarnya kalau nak turunkan berat badan, dengan syarat korang ambil dalam 1000Kcal je makanan dalam sehari untuk turunkan seurang-kurangnya 1Kg/seminggu. 1000Kcal je sehari? Memang gila sebab itu sangat merbahaya untuk kesihatan, silap haribulan, boleh dapat sakit berkaitan gastro usus atau lebih popular dipanggil gastrik. Jadi, kena makan banyak la jugak ye En ejoy? Yup. Kena makan, tapi dengan cara yang betul, seperti yang aku akan cerita nanti. Jadi kalau dah makan kena banyak, macam mana nak turun berat? Senaman la jawabnya. secara umum, ada 2 jenis senaman yang korang mungkin tahu, iaitu Cardio orientated dan Strength orientated. Apa kemenda 2 benda tu? Cardio ni ialah bentuk senaman yang menguji dan memperbaiki stamina apabila sesuatu perbuatan diulang banyak kali dalam tempoh2 tertentu, manakala Strength pulak adalah bentuk senaman yang menguji dan memperbaiki kekuatan otot. Contoh senaman Cardio ni ialah Jogging, briesk-walking, skipping, berenang, bermain futsal, etc. Manakala contoh senaman strength ialah weight lifting, push-up, etc.
Umumnya, aku hanya bersenam 4-5 hari seminggu sahaja, di waktu pagi, dengan jadual yang berikut, tapi korang tak semestinya nak ikut jadual ni, terpulang kepada individu dan kelapangan la:
Isnin: Jogging (30 minit non-stop, burn about 300Kcal-400Kcal)
Selasa: Bermain dengan Dumbell (1 Jam).
Rabu: REHAT
Khamis: Jogging (30 minit)
Jumaat: Bermain dengan Dumbell (1 Jam)
Sabtu: Jogging (30 minit)
Ahad: REHAT
Korang mesti perasan, kenapa aku lebihkan ‘jogging’ daripada ‘bermain dumbell/weight training’, ini tidak adil!! (dialog cerita 3 abdul). Jawapan aku mudah saja. Ini kerana antara 2 jenis senaman aku sebut tadi, senaman cardio lah yang paling berkesan untuk BAKAR lemak. Yup, anda tak salah dengar. Tapi, kenapa ya? Ini kerana senaman cardio ni banyak guna tenaga dan paling penting, ia mudah dilakukan. Ada sesiapa disini yang tidak tahu berlari? Berjalan? Memang mudah kan? Dan tips yang paling mudah, ini aku belajar dari Kevin Zahri la, seelok-eloknya buat cardio ni bila perut kita tak berisi makanan sekurang-kurangnya 4-8jam. Sebabnya mudah saja, sebab pada ketika inilah glucogen level dalam badan kita sangat rendah sehinggakan dalam 15 minit jogging saja, ianya akan habis, dan pada ketika ni lah badan kita akan cari sumber tenaga alternatif: BODY FAT aka LEMAK. Sebab itulah seeloknya jogging sebelah awal pagi (lepas bangun tido) sebab waktu tu perut kita kosong lagi, kalau tak boleh gak (faktor busy), boleh gak jogging waktu2 lain, tapi pastikan perut kosong dengan carbohydrate sekurang-kurangnya 4-8 jam la, dan tempoh jogging tu pulak hendaklah melebihi 20 minit, sure korang burn fat. Tapi jangan lupa minum air kosong pulak ye, kang korang dehydrasi pulak.
Langkah 3: Diet
Ramai orang salah anggap maksud diet ni. Sebut je diet, mesti ingat maksudnya nak kurus. Tak, itu definasi salah. Sedangkan Diet ni maksudnya cara korang makan. Even makan burger hari2 pun dikira diet gak, tapi diet tak sihat la. Dan bila sebut pasal diet, pasti tak lari dengan istilah kalori (Kcal). Kalori ni ialah suatu unit tenaga. Korang beli apa2 produk makanan, pasti ada label makanan yang tulis jumlah kalori, protein, carbs, fat, sodium, etc. Even ramai juga antara kita mesti tak tahu, yang setiap orang mempunyai had kalori yang berbeza, bergantung pada berat badan masing2 (ada cara/formula untuk kira dia, tapi aku tak nak tulis disini sebab tak mahu kepala korang pening nanti). Kalau korang rajin nak kira kalori gak macam aku, aku rekemen masuk website kevin zahri ni menerusi link ni.
Tapi kalau korang rasa malas nak kira, ikut tips aku yang amat mudah ni (berdasarkan pengalaman aku la, dah nama aku buat hari2).
1. Makan 5 kali sehari: Breakfast, Lunch, Tea-break, Dinner, Supper (minum segelas susu sahaja). And Never skip your meals. NEVER.
2. Breakfast: makan roti, esok makan oat, lusa makan nasi lemak (setengah pinggan). Lepas tu aku akan ulang menu yang sama, so siapa cakap nak kurus kena elak makan nasi lemak? Minum pulak aku minum samada susu lembu, milo atau teh, tapi hanya guna satu teh gula saja dalam setiap gelas. Selalunya aku tak taruh gula langsung la.
3. Lunch dan Dinner: aku makan segenggam nasi/setengah pinggan saja dalam setiap hidangan, ¼ pinggan untuk sumber protein (ikan, ayam, etc), ¼ lagi untuk sayuran. Elakkan ambil kuah dari lauk2 tersebut sebab berminyak. Untuk permulaan, cuba hadkan kuah tu dengan 1 sudu saja, bila dah lama2 tu, kalau dah biasa tu tak payah bubuh kuah terus. Lagi satu, jangan makan kulit ayam, dan kurangkan makan daging sebab daging lembu banyak saturated fat. Dada ayam dan makanan laut adalah pilihan protein yang terbaik
4. Cravings? Makan keropok, cekedis, coklat, aiskrim dihadkan hanya untuk hujung minggu saja, tapi ingat, jangan berlebih2. Memang nikmat la dapat makan waktu tu, sebab dapat makan seminggu sekali je kan, memang nikmat dia 1000X daripada kalau kita makan benda2 tu hari2. Maksure juga tengok jumlah kalorie dalam makanan tu kat label “maklumat pemakanan”. Secara tak langsung, korang akan ‘berjaga-jaga’ dengan jumlah cekedis yang korang nak makan.
5. Tingkatkan metabolism = burn calorie dengan efisyen = turun berat dengan cepat!! Tapi macam mana nak tingkatkan metabolism? Makan banyak sayuran dan buah-buahan (Vitamin B, Taurina), dan sekali sekala minum juga teh dan kopi, sebab caffeine juga mampu tingkatkan metabolism.
6. Elakkan minum benda-benda manis. Macam dalam kes aku, aku kadang2 tak ambil gula terus dalam seminggu, sebab aku tahu aku boleh dapat glucose dan carbohydrate dari sumber lain (buah, sayur, nasi, roti). Banyakkan minum air kosong, about 8 glasses per day.
Itulah sahaja tips2 yang aku amalkan. Semoga korang juga akan mencapai maklamat untuk turun berat badan. Tapi ingat, jangan terlalu ekstrem ok? Kalau korang rasa tiada perubahan tu, korang cubalah muhasabah diri, tanya diri sendiri kenapa tak turun. Sebab setahu aku, nak turun berat ni tak susah asalkan kita sabar, dan terus berikan 200% komitmen dengan tips2 tadi. Jangan lupa juga, rekod berat badan korang setiap minggu, and keep track on it ok? Good Luck, and Happy New Year 2010.
10 comments:
wah syabas ejoy..kne bljr dr ko nih!!mau2,,
ape lg shela.. kalo ejoy bleh takkan ko tak bleh kot, go go shela! :D
sumpah nak kurus lagi dr skang. kurus dan sihat. time kasih ejoy kerana berkongsi pengalaman. jeles jeles. tp kt sni kelas aku pagi so aku eksesais malam lah boleh kan kan? haha congratz and happy new year.
ko isap dadah ke ejoy?
shela/punD: boleh shela, biar slow progress, asal steady and continuos, hehe. Gud luck k,kalau nak tips lagi, just let me know.
Pao: boleh2, aku dulu pon, masa awal2 start insaf nak kurus (lol) slalu gi gym belah2 petang, atau malam la. pagi mmg sepi gila kot gym kat RIT tu.. anyway, gud luk with the program dan selamat tahun baru juga..
Melli: hahahah, rindu tgk ko gelak2 high tu beb.
ada petua nk tinggi tak? aku nk jadi more taller la beb!
being taller is driven by 2 factors: either genetic, or depends on the diet/nutrition.
cuba tips2 ni, theoritically they shud work la:
1) Minum susu 3 gelas sehari, pagi, ptg & sebelum tdo (Hi-calcium is recommended).
2) Do weight training atleast twice a week.
3) Kurangkan minum benda ber caffeine, sbb caffeine ni inhibits calcium diserap dari masuk dlm tulang.
4) kalau dpt pekena mknan yg ada cheese pun kira ok gak, cheese ada calcium, tp make sure jgn terlalu over la, sbb nnti efek dia akan jd terbalik/reverse lak.
5) mkn sayur2 dgn lebih kerap. klau rasa cam ssh je, amik multi-vitamin, daily.
dlm usia akhir2 remaja ni aku rasa agk ssh kalau nk tggi byk2, tp cuba je la, mana tahu still ada rezki, aku prasan aku ada naik 1cm since aku tukar lifestyle aku ni, all the best aa beb.
cool! nanti aku ikut beb!
nice tip bro, cuma ada satu soalan nak tanya pasal jogging.
Speed masa jogging tu kena laju atau perlahan ?
thanks faiz,
pasal speed tu, actually it depends.. ada org yg prefer 'easy-goin' jog (mcm aku) sbb pada masa yg sama boleh enjoy keadaan sekitar yg tenang dan aman.. kelajuan jog mcm ni selalunya konsisten dan lebih kurang sperti org tgh mengayuh basikal lajunya (4 ke 5Km dlm 30 minit camtu)..jog mcm ni dlm tempoh 30 minit pun dh bleh burn fat, asalkan kita tak consume carbs la prior to the jog session..
ada org lak suka style 'interval-running', yakni dlm 5 minit pertama mungkin dia jog rilek2, tp 2 minit seterusnya dia pecut mcm pecut 100 meter tu.. pastu dia berhenti, dan berjalan2 plak utk 2-3 minit.. pastu ulang balik, smpai la 2-3 kali.. ini pun tak dinafikan berkesan gak, cuma utk org yg mula2 nak cuba, mungkin ada la gejala2 lain selepas abis sesi, terutamanya rasa nak termuntah..
ikut la citarasa masing2, yg mana rasa boleh ikut, kita buat.. jgn paksa2, and do listen to our body.. :)
Post a Comment