Saturday, October 25, 2008

Riverknoll - Single Kedua

Selepas mendapati lagu "Pertemuan" telah mendapat sokongan yang memberangsangkan dari sahabat handai dan saudara mara terdekat (kononnya la, hahaha), usaha kami (saya dan pjoe) untuk berkarya tidak terhenti disitu. Buktinya, kami kini telah berjaya menghasilkan single kedua bertajuk "Riverknoll" yang mana dihasilkan 100% oleh kami - kata orang putihnya Homemade/Mini Home Studio.

Berbekalkan peralatan yang murah (termasuk mic PC yang berharga tidak sampai RM20, dan software percuma seperti Audacity), lagu ini mengambil masa 2 minggu untuk disiapkan termasuklah dari aspek merakam trak lagu hingga ke editing.


Aspek Teknikal

Setelah membuat beberapa penilaian dari aspek teknikal, berikut adalah kesimpulan yang dapat kami cetuskan:

1) Bunyi 'Cymbal' (percussion) sedikit kuat walaupun beberapa kali cuba dikecilkan bunyinya.
2) Kualiti yang berbeza-beza sekiranya anda menggunakan earfon atau headfon atau loud speaker atau woofer untuk mendengar lagu ini. Di antara semua alat dengar yang dinyatakan, mendengar lagu ini menerusi headfon adalah yang terbaik.
3) Rakaman hanya menggunakan mic PC yg murah, kualiti asal bunyi adalah kurang memuaskan, namun berjaya dipertingkatkan sedikit kualitinya menggunakan teknologi komputer.
4) Kebanyakan instrumen adalah bunyi MIDI - jumlah trak keseluruhan mencecah hampir 30 trak semuanya.
5) Banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki - kami masih amatur. Dan ini juga merupakan kali pertama kami merakam lagu sendiri. First attempt bak kata orang puteh. Lalala.

Work Station - very simple, but it is naisss.. I like!


Instruments used


Aspek Lagu


Kembali kepada fokus yang cuba diketengahkan oleh lagu ini - "Riverknoll" menceritakan serba sedikit pengalaman pelajar-pelajar Malaysia di R.I.T (Rochester Institute of Technology). Nama "Riverknoll" yang diselitkan dalam lagu ini mewakili "kehidupan pelajar-pelajar" itu sendiri, termasuklah kami sendiri (Riverknoll adalah nama salah sebuah kawasan kediaman/apartmen di R.I.T).

Kenapa kami pilih Riverknoll? Sebab yang pertama, kebanyakan pelajar-pelajar Malaysia disini PERNAH menetap di Riverknoll, termasuk saya dan Pjoe sendiri. Kedua, Riverknoll juga merupakan destinasi/rumah yang pertama kami tuju ketika kami mula-mula sampai di R.I.T pada tahun 2005 (Rumah abang Faiz, tribute2, hehehe). Dan yang ketiga, Riverknoll kemungkinan besar akan dirobohkan sepenuhnya menjelang tahun 2010, oleh itu dengan menggunakan nama Riverknoll sebagai tajuk lagu ini, secara tidak langsung nama Riverknoll dapat di abadikan bersama dengan kenangan kami semua di R.I.T, diabadikan bersama-sama dalam lirik lagu ini.

Buat mereka yang tidak pernah sampai ke R.I.T dan tertanya-tanya bagaimana rupa sebenar Riverknoll, jangan malu jangan segan, cari saja di Google Earth, Google Maps atau Wikipedia. Sekarang kan zaman dot net dot my dan segala dot lagi.


Info/ Lirik/ Chord Lagu

TITLE: Riverknoll
Pjoe: Song, Vocal, Guitars, Music Box
Ejoy: Lyrics, Backing Vocals, Audio/Recording Engineer, Bass/Drum (computerized)


VERSE 1:
Musim Luruh Tiba Lagi.. (jadi skema lagi..)
Bagasi yang kubawa ini.. (penuh maggi..)

VERSE 2:
Harapanku menggunung tinggi.. (four flate yangku impi)
Tapi kelas 8 pagi.. (ku ponteng lagi...)

CHORUS:
Kan ku cuba semua cara
walau payah perit pasti dirasa
kan ku cuba teruskan jua
untuk menggapai semua cita

VERSE 3:
Bangun pukul 6 pagi.. (cari rezeki..)
Sapu sampah sana sini.. (asal dapat gaji...)

REPEAT CHO (2x)


The Chords:

Intro:
Dsus4/E Cadd9 G D (2x)

Verse/Chorus:
Dsus4/E Cadd9 G D (2x each verse and Cho)

Interlude & Bridge:
Dsus4/E Cadd9 G D
Cadd9 D G G6 Cadd9 D


Sekian buat waktu ini. Segala kritikan amat-amat dialukan. Jya-matta!
Single "Riverknoll" boleh dimuat-turun secara percuma di sini ATAU di sini.

*******************************************************************
Updates:
Lagu ini sudah di muat-naik (upload) di dalam website Imeem. Anda boleh mendengar lagu Riverknoll secara online atau meletakkan 'player' lagu tersebut di dalam website/blog anda. Terima kasih atas segala sokongan!

9 comments:

Anonymous said...

Jangan lupa basuh mangkuk tandas wey!
Hahaha. Riverknoll ku sayang. Terima kasih untuk semua kenangan.

Hamster Putih said...

yeaa.. jangan lupa basuh mangkuk tandas dan segala jenis mangkuk di sinki dapur.. terima kasih juga di atas semua kenangan abang Faiz..

Anonymous said...

lepas ni gosnell, maybe?

ina said...

weh, korg pi la re-record balik lagu pertemuan tu, kasi clean, nk ltak lam itunes, yg aku ade skrg vid tu je hehe pastu ade sore aku plak tu haha

Hamster Putih said...

lonsaa: yea, maybe gosnell, maybe something else...

ina: bernas jugak cadangan ko ina, nanti akan di usahakan, hanya masa yang menentukan..

Bob Merley said...

pasni buat la lagu "aku dan kolestrol serta lipid"

Hamster Putih said...

kalau lagu "Aku, anime dan YM" ok tak merlley?

Azri Haris said...

music ade style......lyric ok....cme styler nynanyi cm style Hujan....kalo ade identiti sndri lg stylo la....

Hamster Putih said...

Thanks for da comment mr. mc da bear.. nyanyi cam Hujan? rasanya dah ter influence kot.. hehehe.. identity sendiri mungkin akan hadir jua satu hari nanti, itu pun kalau kami masih terus berkarya bersamala (as a duo, band etc)

Related Posts with Thumbnails