Saturday, October 25, 2008

Riverknoll - Single Kedua

Selepas mendapati lagu "Pertemuan" telah mendapat sokongan yang memberangsangkan dari sahabat handai dan saudara mara terdekat (kononnya la, hahaha), usaha kami (saya dan pjoe) untuk berkarya tidak terhenti disitu. Buktinya, kami kini telah berjaya menghasilkan single kedua bertajuk "Riverknoll" yang mana dihasilkan 100% oleh kami - kata orang putihnya Homemade/Mini Home Studio.

Berbekalkan peralatan yang murah (termasuk mic PC yang berharga tidak sampai RM20, dan software percuma seperti Audacity), lagu ini mengambil masa 2 minggu untuk disiapkan termasuklah dari aspek merakam trak lagu hingga ke editing.


Aspek Teknikal

Setelah membuat beberapa penilaian dari aspek teknikal, berikut adalah kesimpulan yang dapat kami cetuskan:

1) Bunyi 'Cymbal' (percussion) sedikit kuat walaupun beberapa kali cuba dikecilkan bunyinya.
2) Kualiti yang berbeza-beza sekiranya anda menggunakan earfon atau headfon atau loud speaker atau woofer untuk mendengar lagu ini. Di antara semua alat dengar yang dinyatakan, mendengar lagu ini menerusi headfon adalah yang terbaik.
3) Rakaman hanya menggunakan mic PC yg murah, kualiti asal bunyi adalah kurang memuaskan, namun berjaya dipertingkatkan sedikit kualitinya menggunakan teknologi komputer.
4) Kebanyakan instrumen adalah bunyi MIDI - jumlah trak keseluruhan mencecah hampir 30 trak semuanya.
5) Banyak lagi kelemahan yang perlu diperbaiki - kami masih amatur. Dan ini juga merupakan kali pertama kami merakam lagu sendiri. First attempt bak kata orang puteh. Lalala.

Work Station - very simple, but it is naisss.. I like!


Instruments used


Aspek Lagu


Kembali kepada fokus yang cuba diketengahkan oleh lagu ini - "Riverknoll" menceritakan serba sedikit pengalaman pelajar-pelajar Malaysia di R.I.T (Rochester Institute of Technology). Nama "Riverknoll" yang diselitkan dalam lagu ini mewakili "kehidupan pelajar-pelajar" itu sendiri, termasuklah kami sendiri (Riverknoll adalah nama salah sebuah kawasan kediaman/apartmen di R.I.T).

Kenapa kami pilih Riverknoll? Sebab yang pertama, kebanyakan pelajar-pelajar Malaysia disini PERNAH menetap di Riverknoll, termasuk saya dan Pjoe sendiri. Kedua, Riverknoll juga merupakan destinasi/rumah yang pertama kami tuju ketika kami mula-mula sampai di R.I.T pada tahun 2005 (Rumah abang Faiz, tribute2, hehehe). Dan yang ketiga, Riverknoll kemungkinan besar akan dirobohkan sepenuhnya menjelang tahun 2010, oleh itu dengan menggunakan nama Riverknoll sebagai tajuk lagu ini, secara tidak langsung nama Riverknoll dapat di abadikan bersama dengan kenangan kami semua di R.I.T, diabadikan bersama-sama dalam lirik lagu ini.

Buat mereka yang tidak pernah sampai ke R.I.T dan tertanya-tanya bagaimana rupa sebenar Riverknoll, jangan malu jangan segan, cari saja di Google Earth, Google Maps atau Wikipedia. Sekarang kan zaman dot net dot my dan segala dot lagi.


Info/ Lirik/ Chord Lagu

TITLE: Riverknoll
Pjoe: Song, Vocal, Guitars, Music Box
Ejoy: Lyrics, Backing Vocals, Audio/Recording Engineer, Bass/Drum (computerized)


VERSE 1:
Musim Luruh Tiba Lagi.. (jadi skema lagi..)
Bagasi yang kubawa ini.. (penuh maggi..)

VERSE 2:
Harapanku menggunung tinggi.. (four flate yangku impi)
Tapi kelas 8 pagi.. (ku ponteng lagi...)

CHORUS:
Kan ku cuba semua cara
walau payah perit pasti dirasa
kan ku cuba teruskan jua
untuk menggapai semua cita

VERSE 3:
Bangun pukul 6 pagi.. (cari rezeki..)
Sapu sampah sana sini.. (asal dapat gaji...)

REPEAT CHO (2x)


The Chords:

Intro:
Dsus4/E Cadd9 G D (2x)

Verse/Chorus:
Dsus4/E Cadd9 G D (2x each verse and Cho)

Interlude & Bridge:
Dsus4/E Cadd9 G D
Cadd9 D G G6 Cadd9 D


Sekian buat waktu ini. Segala kritikan amat-amat dialukan. Jya-matta!
Single "Riverknoll" boleh dimuat-turun secara percuma di sini ATAU di sini.

*******************************************************************
Updates:
Lagu ini sudah di muat-naik (upload) di dalam website Imeem. Anda boleh mendengar lagu Riverknoll secara online atau meletakkan 'player' lagu tersebut di dalam website/blog anda. Terima kasih atas segala sokongan! Read more...

Thursday, October 23, 2008

October's New Borns

1) Keane - Perfect Symmetry

Perfect Symmetry is the third studio album by English piano rock band Keane, released on 13 October 2008 in the United Kingdom. The album's title was released on 31 July 2008 and the cover for the album was revealed on 5 September 2008. The band had completely transformed their look and their new album was said to be also very unexpected.

Two songs from this album has been released earlier in two different singles which are "Spiralling" (released on 4 August 08) and "The Lovers Are Losing" (released on 20 October 08).

For this third album, the band have explored a new theme relying on human kind. "Spiralling" and "Perfect Symmetry" deal about life's nonsense; while "Better Than This" and "Pretend That You're Alone" regard human evolution.

Track List:
01. Spiralling ( 4:19)
02. Lovers Are Losing ( 5:04)
03. Better Than This ( 4:03)
04. You Haven’t Told Me Anything ( 3:47)
05. Perfect Symmetry ( 5:12)
06. You Don’t See Me ( 4:03)
07. Again & Again ( 3:50)
08. Playing Along ( 5:35)
09. Pretend That You’re Alone ( 3:47)
10. Black Burning Heart ( 5:23)
11. Love Is the End ( 5:38)

Visit Keane's channel at Youtube here and listen/watch "Spiralling" and "The Lovers Are Losing" music videos. Also visit their official website at keanemusic.com where you can buy and download their songs/singles/CDs.


2) Sheila On 7 - Menentukan Arah

Menentukan Arah merupakan album studio ketujuh band pop dari Indonesia Sheila On 7 (lebih tepat lagi merupakan album keenam Sheila On 7 di Malaysia). Album ini telah dilancarkan secara rasminya semalam di Jakarta, Indonesia (bersamaan 23 Oktober 2008). Album ini turut memuatkan lagu "Betapa" - single mereka yang telah dilancarkan dan keudara di corong-corong radio tempatan semenjak Jun 2008 yang lalu.

Setelah hampir dua tahun menyepi dari industri hiburan (kali terakhir mengeluarkan album tahun 2006 menerusi "507"), Menentukan Arah adalah jawapan yang ditunggu-tunggu oleh para peminat SO7. Kemunculan album terbaru SO7 ini juga telah menamatkan spekulasi akan perpecahan band ini oleh sesetengah pihak.

Senarai Lagu:
01. Betapa
02. Arah
03. Lia Lia Lia
04. Alasanku
05. Segalanya
06. Sampai Kapan
07. Mudah Saja
08. Jalan Keluar
09. Ibu Linda
10. Yang Terlewatkan

Klik sini untuk menonton video klip "Betapa". Juga lawati laman web rasmi Sheila On 7 di sheilaon7.com. Read more...

Related Posts with Thumbnails